August 31, 2009

kami tahulah kek ini tidak hensem

Di malam merdeka dimana masyarakat Malaysia sudah insof dari gejala sambutan besar besaran. eh betul ke insof ke sebab sekarang bulan puasa. entah tak tahu tak tahu. Nun di hujung dapur beradalah 3 dara duri sedang enak menyediakan kek cokelat buat santapan sekeluarga.

Senarai AJK Tugas-tugas khas :

ketua chef najwa's heaven kitchen: wawawawawawa
riang ria membuat topping : nawaiwaiwaiwai
tukang gaul penuh keayuan : patentententen
pencuci pinggan mangkuk : kobengbengbeng
juri juri profesional : seisi femili bahagia dan harmoni.

Mula mula Wa yang nak buat kek. Tiba-tiba si kakak2 gojes rase tercabar takkanla budak kecik pandai buat tapi yang dah tua tak reti buat. Jadinya kami turut menyempil untuk sama sama bekerjasama.

Bermulalah adegan penuh aksi selama 20 minit.

Sebagai anakdara yang baru festaim buat kek, kami tidak tahu bagaimana mahu buat cokelat saduran. Nawai menyatakan " ye, kite mesti tambah air kat dalam coklat ini ". Wa juge bersetuju dengan kate-kate itu. Namun malangnye ia seperti huduh dan tidak comel. Lalu terus nawai mengekol sahabat baek beliau cik Tiqah dan rupanya perlu tambah susu. ish ish.

Sila suci murnikan hati anda sebelum melihat gambar di bawah.

ala kami tahulah kek ni dahla comot pastu banjir. hitam legam je nampak. tapi sedap la.mesti ada yang mengutuk dalam hati tu. tak baek tau.

tadaa!!!!! kek ini adelah kek banjir kilat penuh krim disukai semua lapisan ahli keluarga.
dahla kaler coklat kehitam hitaman, pergi hias dengan coklat chip memangle tak gojes jadinye. laenkali nak kena letak badam la cik Ona Oni Enot sekalian.

Meskipun ia rupanya tidaklah the bomb seperti kek Mek Yah mahupun Nedd mahupon Epa mahupun sape sape je, namun rasanya amat seddap.

Terimakasih kepada guru kami, buku teks Kemahiran Hidup - Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 3. :D

boleh buat menantu ke kalau macam ni. . ayat nak hiperbola aje.

August 28, 2009

saye tak racist lah

itulah orang Melayu. selalu agungkan bangsa lain. Suka sangat tidak pandang tinggi bangsa sendiri.

Result test 1 subjek MAE sudah keluar Isnin lalu. Puan Latifah kata, 2 orang je A. yang lain average 70,60 above. Jadinya beliau tampal result yang tertera markah dan nombor matrix sahaja di papan notis.

Semua kerumun.

"wah yang dapat highest nombor matrix ******"

"aku dapat tau second highest si Ngoh, yang highest ni mesti chinese jugak"

"sape weh sape highest? chinese aku rase "

"sudah tentu cina. second highest cina, highest mesti cina jugak"

"sape ek? sok yi, swee yun? "

Rupanya yang highest tu BUDAK MELAYU LA KAWAN-KAWAN!

Tapi nya budak melayu itu low profile aje. sudah tengok result terus berlalu pergi. bagus bagus. tidak sibuk-sibuk tanya result orang lain berapa.

kawan baik budak melayu bagitau semua kawan-kawan bahawa kawan baiknya dapat HIGHEST itu

"wah! si Polanah dapat highest. gempak gempak"

"huehue..budak melayu highest. ouh bangga"

"mati mati ingat chinese. wah congrates sama Polanah"

"perhh..lepas ni aku nak study grup ngan Polanah arr. "

"huwaaa! power ah kawan aku. diam-diam ubi berisi ar"

Mentaliti yang susah dikikis. Mungkin sebab sudah terbiasa chinese lebih ke hadapan dari kita. tak boleh nak salahkan mereka juga buat persepsi awal yang begitu. Jadi Melayu, tunjukkan kehebatan mu. Kita pun boleh jadi lebih hebat dari mereka.

Sebenarnya, tidak kisahlah bangsa apa pun. Tapinya di negara ini, Melayu itu menjadi wakil masyarakat Islam. Jadinya orang Islam mestilah buktikan kebolehan kita berbanding umat lain. Jangan sampai kita terus dipandang rendah hingga agama pun turut terkena tempiasnya.

Ini bukan post racist. Ini post semangat..heh semangat ke? heeee.......

August 27, 2009

Markonah tak minat Mat Paan pun

Orang kata, kalau sesama lelaki dan perempuan, batasan pergaulan mesti dijaga. Bukan orang je kata, Tuhan pun suruh. Maknanya boleh bergaul, tapi batasan mesti dijaga. tak kiralah masa berstudy, berbincang, berborak, berkoling, ber mesej. Jaga weh jaga, semua mesti tidak over hanya benda penting sahaja boleh.

Tauladan 1

Kadang-kadang budak sekolah agama pun jadi culture shock bila masuk U. yalah, dulu tidak sosial , masuk u sosial pun tiada orang kisah. Maka berlakulah insiden mesej bagaikan tak pernah jumpa kaum lawan jantina. Dari mesej penting, melarat kepade gurau senda.

Mat Paan : Markonah, bila mahu mula gerak kerja esaimen HE?

Markonah : ouh, Leha dan Jenab kata esok pagi diskas

Mat Paan : orait. huhu. aku berbuka di kafe fakulti ekon.

Markonah : ouh kenapa?

Mat Paan : saje. hehe. selamat berbuka puasa

Markonah : eh. awal nye wish. dah azan ke

Mat paan : huhu. belom la

Markonah : makan elok2. jangan banyak sgt. kang xlarat naek bas.hehee

Mat Paan : hehe. selamat berbuka puasa ye.

Markonah : ye..selamat berbuka puasa jugak.

----------------------------------------------------------------------------

Tauladan 2

kadang-kadang, bila diri dah biasa sangat bersosial. Maka sudah tidak kisah kalau over pun. Disini ada cerita benar . Markonah ( bukan nama sebenar ) adalah kanak-kanak yang sudah biasa bergaul dengan lelaki. Hidupnya, kawan2 ramai lelaki. perempuan tak ramai mana.

Bila sudah rapat, maka mesej2 pun tidak kisah ayat apa guna. Macam contoh saling bahasakan KAWAN BAIK pun, take note kawan baik, bukan boyfriend, sebagai "Hubby", "Sayang", "Darl". ok itu je kot. ada perkataan yang lebih dramatik tak? sila beritahu.

Itu masa di matrix. Sudah masuk U, kawan-kawan lelaki nampak seperti 'tak seronok' dibuat kawan. Kurang peramah dan setengahnya agak kurang sosial barangkali. Jadinya kawan dengan girls lah lah lebih best.

Al-kisahnya satu malam Markonah mahu bermesej dengan salah seorang kawan baik ( lelaki )matrix nya dahulu.

one message sent
Markonah : "Bie........................ "( baca : hubby )

1minit kemudian

one message received
Mat Paan : "apa maksud enti?"

Mat Paan adalah coursemate yang sekarang memegang jawatan sebagai Ketua Surau kolej.

one message sent
Markonah : eh tak..tadi nak anta kat adek. tesilap hantar kat awak. soriii

one message received
Mat Paan : oh ok. takpe.

------------------------------------------------------------------------------

Markonah : Leha..aku salah hantor mesej kat orang laennnnnn!!! omaigod

Leha : huh? kat Paan? aisehmen. bagaimana boleh terjadi?

Markonah : huh. nama dia lebih kurang ngan Mat Peen la. aiseh..aiseh..dahla esok ada diskusi esaimen dengan dia. Malu mana nak letak muka

Leha : oh bawak bertenang, Beliau tak paham punye maksud 'Bie' itu.

Markonah : harapannye...berdoa..T.T

Mestila malu. Baru je tadi mesej gurau senda. Tiba-tiba ter send perkataan 'romantik' kat orang yang sama beberapa jam kemudian. Dikhuatiri Mat Paan perah santan Markonah memang nak ngorat dia. muntah muntah.

mungkin ada yang berasa contoh yang diberikan adalah perkara biasa. biasalah, prinsip manusia lain-lain. ini hanya pandangan saya. kalau ada yang rasa contoh ini tidak adil terpulang. kita ada pendapat masing-masing kan?

Moralnya, budi bahasa budaya kita. Sekadar pengajaran semata. Ada kena mengena dengan yang hidup. Cerita diambil dari pengalaman orang sekeliling. pengajaran untuk diri penulis juga, yang kadang-kadang terjebak sama. Lindungi aku dan rakan-rakanku Tuhan dari kealpaan ini.

August 26, 2009

kita malas, atau teknologi yang bersalah

Zaman sekarang sudah moden. bilamana manusia selalu guna teknologi untuk pelbagai kegunaan. lebih-lebih lagi kalau rumah ada wifi. ditambah pula laptop pun bagi yang sudah bergelar mahasiswa ( hehehehe) ada sorang satu. Jadinya kemalasan dalam diri untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat walau DI RUMAH SEKALIPUN..tetap tinggi.

Maka, bagi remaja 'berteknologi' ini mereka akan guna kan kemudahan sebaiknya. disini teknologi yang dimaksudkan adalah chatting gune ym tak pun g-talk.

Kisah 1 : lokasi Bilek Ray dan Bilek Nawwar

Ray Jr : nawai, tolong edit gambar kak farah kawen. abang nak wat video

nawwar88 : huh. gambar mane. buatla sendiri

Ray Jr : ala..tolong-menolong la. buat chantek2.

nawwar88 : yola3. datangle bilik orang bagi gambar

Ray Jr : okeh.

--------------------------------------------------------------------

Kisah 2 : lokasi Bilek Nawwar dan Ruang Tamu

nawwar88 : paten!! jom shopping esok

nazihah_me : hoyeh. mane? Mid?

nawwar88 : yer. nanti I nak tengok citer Setem. pastu nk befoya2 beli baju

nazihah_me : kol bape? awal pagi laa. lambat2 tak best

nawwar88 : kol 9! kol 9!

nazihah_me : heh. boleh caye ke. selalu sangat matahari tegak baru pegi

nawwar88 : isk3..mesti jadi punye. ok set

------------------------------------------------------------------------

Kisah 3 : lokasi Bilek Din dan Ruang Tamu

nash_smart : kak tin, balek kampung esok ke? kate luse

nazihah_me : esokla..tak caye tanye ibu

nash_smart : hoho..hoorayy

nazihah_me : ................................

Kedudukan antara satu lokasi dengan lokasi lain tidaklah jauh pun. boleh je jalan siket dan cakap hajat yang nak disampaikan. namun begitulah, nama pun sekarang 'dunia teknologi'. Jadinya perlulah dimanfaatkan. Penat kot nak jalan. hehehe

Ini kisah benar lah. takde tokok tambah mahupun pengurangan. anak-anak sekarang makin pemalas kan bila ada teknologi. macam mane perut tak makin boroi kalau berjalan pun malas. menghadap laptop je kejenye.

August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ehem ehem. aihh tak puas hati betul macamane semalam boleh tertido awal. banyak projek tergendala. adui..menyesal pun tidak berguna. tapi tak mengape, jadikan tauladan. lepas ni jangan sekali sekali tidur depan laptop. orait.

maaf kepade Atiq yang tegur ym saye bertanye "afk tu ape".. hehhee..
Atiq, 'afk' itu rasanya 'away from keyboard'..:D

kepade Akak yang sekadar mem BUZZ sahaje.

dan sape lagi sorang tak ingat pulak. pun maaf jugak ye. :D

nak ceritanya, bangun je pagi ni, terlihat hp. wah banyaknye mesej dari kawan-kawan wish Selamat Menyambut Ramadhan. macam-macam bentuk la, yang ayat-ayat menginsafkan, ayat-ayat comel, yang ade picture, yang miskol pun ada tapi x terangkat pulak. maaf Aisah, saye tertidur. uhuk uhuk.

jadi di kesempatan ini, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada

  1. keluarga saya, ayah ibu, adek beradek
  2. saudara mara
  3. kawan-kawan ex-Taski Abim
  4. teman-teman ex-SK Chukai
  5. rakan-rakan ex-SK Telok kemang
  6. sahabat-sahabat ex-SM Imtiaz Dungun
  7. member-member ex-KMJ
  8. taulan-taulan UPM
  9. geng-geng Femili Ceria
  10. semua yang terlalu kat sini, blog walking ke,jogging,marathon. tak kesahla.
terimakasih kepada yang duk mesej panjang-panjang, kreatif-kreatif. tak mengapa even mesej forward pun yang penting ikhlas.hehe. Mesej pertama rasenye pukol 9pagi 30 Syaaban, memang pantas. Tahniah.

Moga Ramadhan kali ini dapat kita tingkatkan ibadah kite kepada Allah, agar ia menjadi Ramadhan yang lebih baik dati tahun yang sebelumnya. katenye syaitan diikat masa bulan puasa, jadi kalau tetap buat dosa juga, maknanya bukan salah setan sorangla selama ni. nampak sangat kita pun memang besalah sekali, nafsu lah tu, nafsu.

baiklah hari ni nak balik Melaka, sambut 1st day puasa dengan nenek. Malangnya cik Nawai tibe-tibe cancel xjadi balik pulak. encik Ray juge takde cuti mid sem kot. tak fun la diorang berdua ni.

hmm..okla nak gerak dah. Oh ye terimakasih pade rakan-rakan yang bagi kad Ramadhan, dan juge Duit Raye versi alam maya punye. ade yg rm1,rm2,rm50,rm1000. nak claim betul pun best gak ek. hehe

p/s : rumet ku awal puasa dah sibuk dengar lagu raye je manjang. teringat lak kat kmj dulu, sume sibuk bluetooth lagu raye, nak feeling ar konon. ceh habis je raye sume delete tak tinggal habuk pon. lawak ar korang.

August 20, 2009

siapa rasa dia Famous angkat tangan.

Waktu sekarang current mood saye adalah The Very Very Happy Sangat Sukehati. horey! Ini adalah bukanlah disebabkan Encik Panel sudah setuju untuk bermenantukan saya, tapi kerana tepat 9.30pm tadi keseluruhan kuiz untuk test 1 is over!

Jadinya apabila sudah hepi pastinya tiada halatuju dalam menulis blog. Meskipun diketahui entri entri sebelum ini pun memang tiada halatuju tetap dan tidak merangsang minda. kasihan kepada anda yang membaca. Namun disini saya ingin menimbulkan satu realiti yang sudah lama terdetik dalam hati. Ia adalah mengenai "nickname di Fs vs di Fb".

Macam yang orang selalu kata, Fs sudah lapuk. Jadinya jika mahu jadi advance, buatlah akaun Fb. ini orang kata, bukan saya yang kata. Dari situ saya boleh lihat dimana ramai yang semasa di Fs ID nya hanya guna nama pendek sahaja malahan ada yang jauh panggang dari nama sendiri. Tapi bila di Fb advance, semua sudah menyedari keINDAHan keCANTIKan keHENSEMan dan keMACHOan nama sebenar hasil pemberian orang tua. Tidak percaya? Mari kita lihat list nama insan-insan terpilih ini :

Fs:::::::::::::::::::::::::::::::::::::Fb

  • nawwar --------->Iklil Nawwar Ashari
  • nuratiq --------> Atiqah Yazid
  • suq hurrah ------> Azli Fairuz
  • nedd -------->Nur Nadia nedd
  • dell -------->Najwa Dalila
  • annemishi -------->Hanis Hafizah
  • effadeela-------->Siti Nur Effadeela Su'aif
  • ir liyana--------->Liyana Zakaria
  • vulprix -------->Mirul Mudin
  • remonez --------->Qusyairi Fadzillah
  • man fs---------->Sulaiman Ismail
Can you all see the differences? hehehe. Ini bermakna anda semua punyai kesedaran dan amanah terhadap nama sendiri. Ini menjadikan anda layak memegang jawatan sebagai Bendahari di dalam kelas ataupun Persatuan ataupun Kelab yang anda sertai di IPT masing-masing.

Namun ada juga insan yang tetap menggunakan NAMA SEBENAR di kedua-dua tempat. Ini memang sangat bagus :

Fs + Fb
  • Anis Safiah
  • Aiman Farhan
  • Farah Syafiqah
  • Nabilah Shah Nor
Ini bermakna anda semua amat penyayang dan layak untuk membuka Taska Mengasuh Kanak-kanak ataupun Pusat Menjaga Orang Tua-tua sebagai pekerjaan tetap mahupun pekerjaan sambilan.

Dan ada juga yang gemar guna NAMA TIPU JE di kedua-dua tempat. Ini memerlukan rawatan khas memulihkan kasih sayang terhadap nama sendiri :

Fs:::::::::::::::::::::::::::::Fb
  • nuruddinRay --------->Ray Jr
  • flynn --------->Flynn Lyana
Ini bermakna anda tidak patut mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini. Anda perlu menyertai kem kesedaran jatidiri di pusat belia di mana-mana cawangan seluruh negara.

Kepada mane-mane user id yang tersilap atau telah ditukar baru dimohon agar bertenang kerana saya bukanlah pendrive yang bisa menyimpan maklumat nama kamu semua dengan cermat.

Diharapkan kepada nama-nama yang sengaja di highlightkan itu tidak berkecil hati malahan anda sepatutnya berasa teruja kerana bukan senang untuk Paten Leha meng highlight kan ID orang lain. Hanya yang terpilih sahaja. cehh mengada.

August 16, 2009

encik panel nak ambil saya buat menantu kah?

Di pagi sabtu yang agak hening, seorang gadis bersama ayahanda dan datuksaudaranda bergerak ke Petaling Jaya. Fokus utama adalah untuk ke pejabat Yayasan Selangor. untuk apa? sudah tentulah untuk interview pinjaman

At first, beratur register punyalah panjang. kalau tengok list calon hadir, memang budak UiTM lah ramai. dah diorang banyak cawangan kot.

Setelah hampir sejam menunggu.."Fatin Nazihah!!" uish tersentak pulak. terus bangun dan pergi ke kaunter, tetiba terdengar suara bisikan " eh eh sedap nye lah nama budak ni kan? nanti I nak bagi nama anak I macam ni jugaklah"

ish sudah sudahlah menipu. kasihan kepada yang percaya. :D

lalu terus melangkah kepada penemuduga. ada tag tertulis 'Panel 5'. Ikuti konversasi mereka

Encik Panel : Morning, duduk. Ok Fatin Nazihah ye
Fatin Nazihah : ye saye
Encik Panel : Jadi sekarang di Universiti blabla..ambil course blabla..so cerita siket kenapa pilih course blabla?
Fatin Nazihah : err..actually tu pilihan ke-3 je. Saya nak jadi cikgu. Namun apakan daya, interview untuk program pendidikan tak lepas. tak layak lah tu..tsk

Encik Panel : Ouh, jangan kecewa. actually course awak ni bagus sangat. macam kita tahu Malaysia sekarang blablabla....so kita perlukan ramai graduan dari course blabla untuk melakukan blablabla
Fatin Nazihah : oh yeke? ( mata berkaca harapan semakin bersinar. teruja )

Encik panel : Ok, so siblings awak ade 6..gaji mak awak..ayah awak...
Fatin Nazihah : ( menjawab dengan penuh kejujuran )

Encik Panel : So, apa pendapat awak tentang kerajaan nak block web-web porno?
Fatin Nazihah : Ha bagus sangatlah tu. Setuju betul. blablablablabla
Encik Panel : Ok, bagus bagus

Encik Panel : So, apa pendapat awak tentang nak memBMkan kembali pengajaran Maths dan Sains?
Fatin Nazihah : Ha bagus sangatlah tu. Setuju betul. sebab blablablabla
Encik Panel : Ok ok

Encik Panel : Emm......apa pendapat awak tentang %^&&**(@#$?
Fatin Nazihah : Hah? kurang dengar
Encik Panel : pendapat pasal Najib.
Fatin Nazihah : Erk..??
Encik Panel : ape awak rase. I mean, berbanding dia dengan PM yang lain?
Fatin Nazihah : (menyusun ayat untuk mengeluarkan kata kata semanis mungkin) huehue..Saye rasa kalau PM lain macam Mahathir maybe okla sebab walaupun dia ada kelemahan juga tapi kemajuan yang dia bawak banyak. itu yang bagus tu. kalau Pak Lah pulak, saya rasa zaman dia paling down lah. so tak berapa nak bagus la kot. Kalau Najib, hhmmm..hmmmm....dia baru lagi, so no comment. ..hehehehe
Encik Panel : Oh, memang dia baru. kita tak nampak lagi apa-apa pasal beliau. senyum

Encik Panel : betulke pelajar IPT kebanyakannya menyokong pihak pembangkang?
Fatin Nazihah : ( pakcik ni nak kenekan aku ke ape nih?)
Err..maybe lah kot kan. Sebab sekarang pun maybe kerajaan macam problem sikit. So rakyat nak cuba pemerintahan baru lah kot. dan blablablabla
Encik Panel : Tapi bukan pembangkang pun ada kelemahan sendiri?
Fatin Nazihah : T.T hehe..semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. terserah pada individu untuk menilai.
Encik Panel : Oh, kiranya betullah pelajar IPT cenderung pada pembangkang? *twisted evil*
Fatin Nazihah : Err.. iyelah kot nye

Encik Panel : Ok . So sampai sini sahaja. All the best Fatin. Good luck.
Fatin Nazihah : ouh..ok. Thanx

Ish banyak lagi sebenarnya dia tanya tapi malaslah nak taip banyak-banyak memenatkan jari jemari je. nak tergelak ada, suspen pun ada. apekah motif beliau bertanya begitu? serius takut nak jawab lebih lebih kang tak pasal pasal gagal interview. tapi dalam masa yang sama tak sanggup nak membodek dan menyatakan kepalsuan tentang 'mereka-mereka' itu.

Oh Tuhan, luluskanlah saya untuk interview itu. saya tak mahu pitipitipu..eh ptptn. Amin.

August 04, 2009

kamu hendak geleng atau angguk kepala

"dan juare bagi program Anak Cinema jatuh kepade........"

suspen===========suspen==============suspen

UJANG-bukan-name-sebenar!!!

semua hadirin bertepuk tangan. besorak-sorak sebab memang da agak Ujang-bukan-nama-sebenar akan menang. Ujang pun senyum puas lalu berteriak

"ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !"sambel terduduk. then melutut. then berdiri balik.

dalam hati penulis ini.." wah bagus ye, di kale kejayaan masih ingat tuhan. " bersyukur dan terharu.

dan sampailah upacara penerimaan hadiah untuk juara. Juri khas yang terdiri daripade seorang lelaki saye tak ingat namenye, dan seorang artis wanita popular Eri Fozuri ( bukan name sebenar) yang sampaikan.

dan Ujang telah bukan sekadar SALAM, malahan MELAGA PIPI dengan Eri Fozuri. eh eh kejap kejap. baru je tadi dia lafaz takbir kot. tiba-tiba je sudah buat satu..eh bukan tapi 2 kesilapan.

gambar hiasan yang ada kene-mengene

bukan nak mengata. tapi cuma keliru seketika. bukan seketika tapi masa taip pun pelik juga. faham kah sewaktu ucap takbir itu pastinya timbul rasa rendah hati dan kekerdilan diri pada-Nya. dan selepas itu sekelip mata saja sudah ingkari suruhan-Nya. geleng-geleng kepala.

diri ini juga adakalanya cepat 'bertukar wajah' sebegitu rupa. geleng kepala lagi.

so anda pilih yang mana? geleng atau angguk kepala? apa punya soalan. mana ada orang nak angguk kepala tiba-tiba.

moral of the story? kita fikirlah sama-sama.