December 26, 2011

A.A.G

Taktau letak tajuk apa. Banta jela.

Selama 21 tahun hidup dimuka bumi Tuhan ni, antara banyak banyak life stage, kalau dikira secara duniawi rasanya stage sekolah rendah la kot paling gemilang. *baca dengan dendangan lagu Gemilang-Jaclyn Victor*

Sebab masa tu lah macam banyak involve benda-benda best. Wakil bola jaring sekolah, wakil choir sekolah (suara soprano jangan taktau haha), wakil melukis & mewarna, wakil congkak daerah. Nampak tak kat situ betapa atlet dan artis nya diri ini dikala kecil?

*wakil sekolah je jangan nak artis atlet sangatla* =.='

haruslah sangat gemilang dengan penuh patriotik

Back to the topic.

Perasan tak, benda-benda yang baik selalunya susah nak menang. Pasca akhir zaman kini, jahiliyah selalu bermaharajalela. Disini kubawakan kisah bagaimana menangnya 'jahil' ke atas 'alim' dari skop kehidupan kanak-kanakku.

Kisah1: Bola Jaring

beberapa anak gadis cergas&cerdas sedang berlatih untuk match next week.

A: Panas ar main bola jaring pakai tudung
B: Betul3
A: Mari minta cikgu tanak pakai tudung time match nanti

Cikgu: approved.

Di hari itu, pelbagai gaya ikatan rambut yang comel dapat dilihat. Maklumla pi sekolah wajib pakai tudung. Time match ni je ar nak tunjuk rambut akula pakai Pantene.

Arakian bermainlah anak-anak gadis darjah 5 dan 6 dimana ada segelintirnya sudah akil baligh tanpa memikirkan 'ouh auratku terdedah'. BLAME STUDENT A. =.=

'Seksayy' win.

Kisah 2: Choir

Masatu ada sorang budak Melayu ni, dulu duduk London. Then ayah dia kena transfer Malaysia so hantarla anak beliau ke sekolah ku.

She's pretty. Skiping (speaking). Rambut karat ala-ala omputih. Anggaplah nama dia Lindsay Lohan.
Cikgu Muzik a.k.a penyelaras koir macam "whoa I should include this girl into my choir team"

Then berlatihlah kami selepas habis kelas.
Cikgu Muzik pun bagitau ahli baru itu dressing theme time pertandingan nanti

"Kita akan pakai tudung putih, baju putih, kain hitam, with roses". Kemudian beliau bertanya, "Lindsay sanggup tak pakai tudung nanti?"

Lindsay: No teacher. I tak biasa. Can I just freehair?

Cikgu: Ouh.

Setelah berfikir panjang, Cikgu Muzik pun berkata,

"Oleh sebab Lindsay tanak pakai tudung, and kita mesti seragam berpakaian, apakata semua takpayah pakai tudung nanti?" *wink3*

Murid lain: Segelintir "what deeeeee". Segelintir "Oh yeah!" -anggaplah aku salah sorang yang respon "whatde" itu. hihi

Apalah kudratnya kanak-kanak darjah 5 membangkang keputusan gurunya (padahal macam best gak freehair. Bisikan syaitan sungguh). Maka redha saja.

Dan dihari pertandingan, berfree-hair lah semua anak2 gadis Melayu-Islam itu hanya kerana seorang gadis-macam-omputih takmau pakai tudung,

Again, 'seksayy' win.

------------------------------

Kan?

'Alim' selalu kalah.
Biasalah tu.
nanti-nanti menangla

Konklusi,
er.....

p/s: Serius aku tak pandai nak tulis conclusion. Rumus merumus sangatlah bukan bidangku. Even lab report pun aku tak suka dapat part conclusion. Membebel tu pandaila. hihi. So silalah rumus sendiri

p/p/s: Nanti sapa-sapa jadi cikgu tolongla fikir pasal aurat murid2. Jangan ingat budak sekolah rendah tu kecil sangat. Paling muda pun ada akil baligh 9 tahun. So apalagi yang 11 & 12 tahun. Please, be more sensitive, teachers.

p/p/s: Itu zaman sekolah rendah. Dah makin besar, makin tak artis dan atlet rasanya. Baru jogging 10meter dah sesak nafas. Apelagi nak nyanyi lagu Ning baizura.

October 27, 2011

:|

"kemenangan itu tak dapat kita dikecapi kerana hakikatnya kita masih belum bersedia"-(mereka,8 months ago)

aku dah faham sekarang, memang kita BELUM dan TIDAK SEDIA :|

takdir Allah sentiasa punya hikmah besar disebaliknya.
samaada cepat atau lambat untuk kita sedari.
ia tetap ada.

*teringat pulak 'zaman-emo' sebab 'kalah'. heh.

August 22, 2011

seriously, untunglah....

Untunglaaaaaah........................... jadi lelaki.

Eheh, why? Tak cukup bersyukur lagi ke jadi perempuan?

Tak. Bukan macamtu. But sepanjang cuti 4 bulan ni, biasalah mesti ada benda yang kita boleh jadi 'unsatisfied' kan (cakap jela tak puas hati zzzz). Haha but bukannya unsatisfied sampai nak mogok ke apa. Tapi seriously....... untunglahhh jadi lelaki.

Ok sebab apa?

1. Kerja

Based on pengalaman sendiri. Masa adik lelaki tunggu result masuk U, dia boleh kerja part time yang ada OT sampai 10malam dengan mudah. Macam ibuayah cuma kata "ok jaga diri baik2 jangan balik lewat sangat". And dia bawak motor je. Bahaya lah kan nak banding bawa kereta, motor senang orang nak tahan kalau lalu kawasan ke-hutan-belantara-an (yep dats my kawasan perumahan scenery haha kampung sesangat). But bila myself nak kerja, bukan takat balik 10malam, balik pukul 7pm tapi jauh sikit dari rumah pun dah a NO.

2. Keluar malam

Kalau abang or adik lelaki tiba-tiba malam2 nak keluar jumpa kawan mesti boleh. Tapi anak perempuan susah. Yela, anak dara keluar malam what the zzzzz. Tak kiralah kau keluar tu even sebab nak pergi Masjid Teras Jernang yang 10minit dari rumah sebab nak dengar kuliah lepas Isyak oleh ustaz yang best pun takkan boleh punya unless ada orang teman. (susah kot nak ada org teman, semua letih petang baru balik kerja sob sob).

3. Program jauh-jauh

Macam kalau ada konvensyen, talk, diskusi keagamaan, politik, apa apa ajelah yang dibuat dekat tempat jauh dari Bangi (Gombak, Ampang, Klang etc etc) even program tu siang and habis sebelum Zohor, tetap susah juga untuk pergi unless ada geng nak pi sama. Dan malanglah buat insan yang kenalan rapatnya sorang dua je kat Bangi ni (kalau adapun dia selalu bizi hal lain huhu).

Lepastu bila cuti mestilah cari2 juga kan mana2 tempat ada kuliah agama macam advance sikit (syarah hadis, Al-Quran. yela takkan nak belajar sendiri kang salah tafsir naya je). Dan tempat dekat2 rumah memang susah cari, selalu mesti jauh2 sampai kena masuk daerah lain yang dekat sejam perjalanan. Majlis pulak lepas Maghrib start. And again... takde orang boleh teman.... So sila pasang headphone putar lagu 'Berhenti Berharap' volume 14.

Konklusinye? Duduk rumah jadi bibik berjaya di samping baca buku-buku yang ada huraian dan asbab nuzul sesuatu ayat Quran/hadis sendiri. huhu T___T

Dan masalah ini takkan berlaku andainya anda seorang anak lelaki #fact.

*dan problem ni hanya terjadi bila cuti duduk rumah je. kalau dekat kampus, memang tiada halangan. sebab geng ada ramai. balik lewat pakguard dah tutup gate pun takde hal, rumah member luar kampus boleh pakat tumpang reramai. =)*

See? Bertuah kan jadi lelaki. Sungguh punya advantage yang banyak dalam soal 'cari pengalaman' ni.

=')

Mesti ada yang kata "Hey hey jadi perempuan pun untung juga. Setiap ciptaan Tuhan ada kelebihan masing-masing. Tinggal kita je pandai hargai atau tak. Lagipun lelaki dan perempuan itu punya fitrah dan keistimewaan berlainan, so buat apa nak dibanding-banding kelebihan satu sama lain? Be thankful"

Yup. Setuju itu. Terimakasih buat yang berniat untuk bagi nasihat macamtu, hehehe. Seriously post ni bukan nak kata malangnyeee jadi perempuan. Just nak bagi kesedaran pada kaum lelaki supaya hargai kelebihan yang ada pada diorang ni sebaiknye. Sayang 150juta kali sayang lah kalau korang 'gunakan' kepercayaan parents dan kelebihan ini untuk buat sesuatu yang memudaratkan diri malah boleh beri tempias buruk pada agama, keluarga, masyarakat dan negara (ayat karangan SPM ke ape ==')

p/s : kalau saye lelaki, mungkin akan buat entry 'untungnyeeee jadi perempuan'. Hihi!

August 21, 2011

=='

They are superb, just the way they are.

[47:7]

*nak segan dengan diorang boleh?* =='

August 19, 2011

verily...

Masa, masa, masa, yang membatasi

kian melewati hari

tanpa isyarat diberi

pergi meninggalkan diri

Dan aku masih disini

masih leka diri

tak mahu berdiri, pergi mencari diri

tak punya berani, harungi onak duri

demi mengenal cinta Ilahi

cinta sejati, cinta hakiki

Saat mereka sudah berdiri

jua ada yang kental berlari

berjuang, beramal mengharap redha Ilahi

aku disini masih bermimpi

dengan angan-angan sendiri

hanya mahu memuas hati

dengan penantian yang tak pasti

punya hala, atau memakan diri.

Indah dunia yang aku kejari

seakan bisa membantu diri

tuk jadi pendamping diri

hadapi Yang Esa di sana nanti

Bukan tak pernah ingatan diberi

bukan tak pernah terbuka hati

sedang ku jua mengakui

'bersendiri' itu melemah nafsi

namun jiwa terus meragui

apa benar janji Ilahi?

andai denganNya aku 'berjual-beli'

sesudah 'janji' itu terpateri

apakah itu sebaik baik resolusi

Hidup didunia cuma sekali

tiada ganti

tiada ulangi

Sedang akhirat itu pasti

jua kekal abadi

sampai masa ku diadili

tika itu aku benar sendiri

tiada tempat untuk ku berlari

tiada 'dunia' pembenteng diri

mulut dan lidah kelak dikunci

tangan dan kaki menjadi saksi

disoal segala amanah diberi

tiada terlepas walau seinci

masa mudaku, ke mana ku kerahi

ditanya apa sumbangan diberi

demi kebangkitan agama nan suci

apa jawapan buat Yang Mengetahui?

apa rayuan penyelamat diri?

"Tuhan, beriku peluang sekali lagi"

"takkan ku sia detik mudaku lagi"

"kini ku sedari, kini ku insafi. Tolong ampuni aku hambaMu ini"

"Telah ingatan diberi berkali

Telah dibuka petunjuk di hati

Meski rapuhnya jiwa dan hati

Seringkali raga bertarik tali

namun Dia sentiasa mengampuni

kerna Dia Maha Mengasihani

namun semuanya kau pandang sepi

dan kini

segalanya sudah melewati

tiada lagi belas buat yang mengingkari

hanya pembalasan untuk kau hadapi"

Allahu.. betapa ruginya diri ini

betapa rapuh iman dihati

kerna meragui janji Ilahi

andaiku tahu penyudahku begini

demi akhirat yang hakiki,

dan Tuhan yang Mengasihi

di dunia ini

dengan sesungguh jiwa ku bajai budi.

Aku yakin, dan aku pasti.

husnul khatimah buat yang tepati janji

kerna disitu, adanya redha Ilahi

tetapkanlah aku di jalan ini

wahai Tuhan Yang Membolak-balik hati

Allahu Rabbi.

-patenjihah'11-

August 17, 2011

...

F itu huruf kegemaran. Kerna ia nampak indah bila dipandang. Mungkin jua kerna nama sendiri dimulai dengan F. =)

namun jua punya makna kelam.
makna suram.
dan seakan makna itu sudah membisik diri.

semakin hari semakin kuat berbisik.
"berpaling, ayuh"

entah.

(mungkin perlu belajar untuk membenci F lepas ini)

July 20, 2011

skema + fleksibel = cool

Bismillah

Sempena hari kelahiran yang lepas. Sedikit ucapan:

"Kepada anda, terimakasih kerana tanpa disedari telah mengajar saya erti skema."

..............................

Ok, bercakap pasal skema. Tetiba teringin nak cerita pasal ni sikit.

Skema=nerd? Adakah itu satu kepoyoan?

Kalau dekat sekolah, sape sape yang tak pernah fly memalam, tak pernah ponteng prep, tak ponteng solat jemaah kat surau, tak bawak maggie senyap2, tak join geng main mercun seminggu before raya (haha), tak ape ape ajela. Anda akan dilabel skema, lantas di-segani (di-poyo-kan) oleh rakan sebatch. Dan anda takkan pernah diajak untuk join sama sama. *Mengaku je ah semua sekolah macamtu :p

My senior once said, "banggalah jadi skema, sebab Islam itu sendiri skema"

Islam skema? Skema macamana?

Kalau apa yang Allah suruh, kita wajib buat. Yang Allah larang, kita wajib tinggal. So, kalau kita ikut rules tu, poyo kah kita? :)

Apapun 'skema' nya Islam bukan bererti mengongkong. Islam itu fleksibel. Islam itu universal. Ia mudah tapi tak bisa dipandang mudah. Ada rukhsah (keringanan) dalam hal hal tertentu. Maka tiada alasan untuk kita berasa 'gengster' to break the rules.

Kalau dekat sekolah, sebut aja skema mesti terbayang someone yang pakai baju masuk dalam, seluar angkat sampai paras pusat, rambut belah tengah, pakai spect bulat besar, bawak beg guna 2 belah bahu. Haha. Itu bayangan yang over tahun 90an saja. Tapi sekarang kalau sebut skema, kita akan terbayang someone yang punctual pi kelas, siap homework tanpa meniru, berpakaian kemas, berdisiplin, tegas berpendirian, and selalunya diorang mesti pegang jawatan ganas ganas. Haaa kan best tu jadi skema? :p

contoh terbaek. cuma takde beg galas dekat dua belah bahu je. :p

Kalau dilihat dalam realiti masyarakat. Selalunya umat yang skema dalam beragama memang akan dipandang 'lain'. Dia takkan dijadikan pilihan kawan2 untuk join aktiviti have fun mereka. Sebab selalunya dia terlalu busy mengejar sesuatu yang more fun di akhirat kelak. Bukan bermakna dia sedang di-poyo-kan, tapi kerana dia disegani. Tapi ada juga yang style boleh diajak have fun untuk sesuatu yang tak terlebih sosial. Ala, kalau setakat ajak bershopping hangout sikit2 dengan member takde hal. Itu kan salah satu strategi dakwah. Basic step dakwah yang berkesan adalah bina ukhuwwah yang mantap. Bukankah si skema itu juga seorang yang fleksibel ?

Dia ikut 'trend' Islam, 'skema-tapi-fleksibel'. =)

"sahabat, moga kita kan berpimpin tangan bertemu di syurga. lalu bercerita semula tentang kebaikan di dunia" (hanis hafizah,180711)
=)

Namun dalam ke-fleksibel-an, dia berusaha untuk menguasai keadaan, bukan keadaan yang menguasai dirinya. Bila hangout dengan teman2, dia menjadi reminder agar tak terlalu lagha. Bila ber'gosip' beramai2, dia mengingatkan agar tiada caci maki. Bila online di laman sosial, dia tak lekang beri peringatan secara terus mahupun halus. Pendek kata, dimana ada dia, orang sekeliling kan bisa dapat manfaat. Beruntung, sungguh. :)

So konklusinya, janganlah khuatir untuk menjadi seorang yang skema, kerana pabila kamu dipandang skema, sebenarnya kamu diperhati orang sekeliling dalam melakukan kebaikan. Dan jangan sesekali rosakkan pandangan berharga mereka dengan perbuatan yang mengundang fitnah pada agama.

p/s: sampai masa penulis mungkin akan terlupa akan apa yang ditulis, mohon pembaca untuk menegur tanpa ragu bilamana si penulis dilupakan Tuhan akan apa yang ditulis. terimakasih.

be skema, be flexible. and you're cool. :)

July 16, 2011

seriously baby?

Bismillah.

Cuba bayangkan. Kita dapat keputusan matrikulasi dengan CGPA 4.0. Kira memang pulun habis punye study buat tutorial tetiap petang spend masa jumpa lecturer, weekend pulun buat esaimen sehabis baik. Then bila result UPU keluar kita di offer course idaman, veterinar okay. Memang rase fuh tak sia sia aku berkorban. Senyum lebar sampai nak koyak mulut habaq ang.

Tibe tibe one day, kita dapati ade seorang mamat ni, dahla masa matrik dia main2, ponteng kelas, tutorial tak siap, CGPA pun 2.1 je. Memang atas pagar je ah dapat masuk U. Tup tup, die dapat offer veterinar gak?

SERIOUSLY?!

senang senang die dapat benda best even takde usaha. haih marah betul.

So perasaan die macam sama jugak dengan kehidupan kita.

How come kalau suami (atau bakal suami) nanti punyalah berusaha kumpul duit, fikir masa depan keluarga, cari nafkah. Kalau sebelum kahwin punyalah buat overtime dah malam baru balik rumah sebab fikir jangka masa panjang (haha tetibe teringat my brother yg sangat workaholic. ini semua sebab nak nikah hujung tahun ni ^^). Dari usaha2 di atas insyaAllah berjayalah mereka ber akad nikah.

Tapi kita pula yang muslimah senang senang je tunjuk keanggunan dan keayuan di merata rata. Kalau setakat gambar biasa biasa ok la, ini siap posing maut dengan make up bagai. Dan sekarang pun memang trend semua nak masuk contest Wanita Ayu. Terbaru nak kasi nampak islamik sikit, Anggun Muslimah Contest. <---- serious islamik! :D

have you ever think perasaan si suami (atau bakal suami) yang penat berusaha untuk awak secara 'macho', tetiba awak boleh promote lawa awak sana sini sampai lelaki-lelaki 'lame' boleh senang2 tengok.

GIRLS, SERIOUSLY?

According to the banner above, 1st prize RM250 and sehelai tudung. Macam tak worth je penat make up pakai lawa lawa lepastu nak tunggu upload picture dalam fb dengan line macam siput then duk berusaha tegur member2 "awak tolong vote saye!" . Itu pun kalau menang la. Kalau tak... :)

Side effect die, ramai orang boleh nampak betapa cantiknya awak. RM250 isn't worth dengan kemungkinan ada manusia manusia berpenyakit hati yang download pic itu dan buat macam macam dengannye. Hmmm scary baby.

Difahamkan most of the contestants mesti akan 'like' pic other contestants and then akan tinggalkan mesej berbunyik "Done voting you, now please vote me back!" atau "Let's exchange vote!". Mungkin ini strategi. But main paksa paksa? Hehe apakah ini. Serius tak 'Bersih2.0' main rasuah. HIHIHI

Dah banyak kali member minta vote pic mereka, and macam2 jenis contest juga yang ada. But, huhu maaf kawan kawanku. Saya taknak vote awak sebab saya taknak awak menang sebab saya taknak pic awak yang cantik tu akan lebih tersebar luas entah ke mana. Saye sayang awak, awak faham tak. :')

"Tidaklah aku tinggalkan sesudahku, suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada (fitnah) wanita"

p/s: cantiknya awak hanya layak untuk dia yang 'macho'.

July 15, 2011

kanak kanak pra-matang

Bismillah.

Ini bukan kisah fantasi. (ececeh)

1. Sebuah cerita seram on air. seluruh family khusyuk depan tv.

"Eh eh semua orang tak boleh tengok cerita ni" seorang budak kecil bersuara

"Asal lak?"

"Ustaz kate orang yang banyak hafal Quran je boleh tengok. yang lain takleh tengok"

"Kitorang tak hafal, tapi mengaji jugak. Ok ar tu"

"Eee degilla orang dah cakap. Taknak dengar la tu"

...........................................

2. Di satu petang, si ibu dan ayah sedang berdiskusi rancak mengenai hal rumahtangga. Tetiba muncullah seorang kanak-kanak,

"Ish, mane boleh cakap berdua laki pompuan. Berdose"

Semua saling berpandangan tanda blur dengan ayat beliau.

..........................................

3. Di satu sudut, si abang dan kakak sedang berbual. datanglah kanak kanak yang same,

"Ha, bercinte la tu. ish3"

=.='

........................................

and and.. ade lagi contoh lain. cukuplah 3 saja sebagai gambaran :)

Haha annoying kan? Actually benda macamni memang pelik dan jarang (or takde langsung?) berlaku kat mana mana. Mungkin faktor 'dapat ilmu terus suap tak kunyah dulu', kot?

Kekeliruan bagi para pelajar sekolah agama, yang baru mula berjinak-jinak untuk dekat dengan agama, terkadang akan sedikit 'over' dalam menginterpretasi hakikat beragama.

So, dari situ kita boleh nampak tugas kita. Sebagai parents, kakak abang, atau siapa siapa saja yang related dengan mereka, untuk beri kefahaman yang betul. Tugas guru di sekolah sudah terlaksana, mungkin kefahaman itu tak berjaya disampaikan secara efektif atas faktor jumlah murid yang ramai. Andai kita yang punya pertalian darah ini tak mampu untuk pandu mereka ke arah yang betul, nak harapkan siapa lagi?

yang ini pun susah nak di khatam, tapi diri ni asyik sibuk duk khatam benda lain.hmm.

susah, tapi tak mustahil kan?

p/s : everything is nothing without tarbiyah.

July 14, 2011

Juvana yang meng-over-kan

Bismillah.

amaran : penghujung post ini mungkin akan membuat sesetengah orang rasa "haihhh budak ni. buang masa orang je. lepuk kang!". so jika tak mahu buang masa, sila jangan baca post ini. terimakasih :D

Sekarang ni fenomena yang meletup, drama siri Juvana. Sape yang tak tahu, drama ni ditayang setiap Isnin, 9.00malam di TV3.

Actually memang dah lama minat siri Juvana ni. Sebab die macam lain dari yang lain. The plot, watak, even guna pelakon baru pun triple thumbs up layak diberi buat mereka. Cumanya akhir2 ni jelah macam dah kurenggg sikit idunno why. But still, best.

Ok, just nak share, episode yang baru2 ni, telah membuatkan

diri ini jadi over masa tengok Juvana. Sebelum ni takdelah kisah sangat pun. Tapi episod haritu tetibe over sampai sanggup post status pasal Juvana dekat Fb. (semangat memang semangat la kan?)

(ape motif entah hanya cover nama si anak sahaja, nama si ayah dibiarkan :p)

Sebab ape eh?

Lepas fikir punye fikir. Baru tahu.

Rupenye episod Isnin lepas adalah klimaks dimana semua 'wajah2 bertopeng malaikat' kini telah menunjukkan 'tanduk syaitan' masing2. Haha.

Malas nak cerita. Sape yang tengok, mesti faham. Sape tak tengok, suruhla orang lain ceritakan. =p

And and apa yg membuatkan diri terasa sangat over, episod tersebut seolah olah mewakili setiap watak perwatakan yang tengah hangat (dah lama hangat dah pun, cuma sekarang macam makin melonjak) di Malaysia sekarang.

Dalam drama tu kita ada Daim, Apek, Botak, Cikgu Zakiah, Cikgu Ariffin, Ayam, Warden Raja, Cikgu Azmi, makcik kantin hatta pakguard penjara sekalipun semua mereka ada sipi sipi lah dengan isu-isu Malaysia sekarang.

Isu apa? Watak siapa? Perwatakan bagaimana?

clue : "Kat sini ade 3 bende je korang boleh jadi. Taiko,Balachi,Jambu. Pilih ar"-Botak

Malas nak cerita. Kaitkanlah sendiri.

*HABIS*

p/s: hate the sin, not the sinner, bebeh.

June 23, 2011

a message, a reminder

[Message alert]

Salam wbt

"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu tidak berfikir tentang Islam"

Kata-kata masyhur al-Fadhil Ust Fadzil Noor.

Hari ini 23 Jun merupakan hari tarikh pemergian Mursyid agung, Almarhum Ust Fadzil Noor. Al-Fatihah untuk almarhum, ahli keluarganya dan seluruh umat Islam. Doakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Ameen..

Sender :
Sahabat

Al 'ulamaa' warasatul anbiyaa'. Hendaklah kita menghormati ulama' kerana ilmunya.

June 21, 2011

rakyat malaysia olweys number 1

Running Man - Siapa tak kenal rancangan ni? Kalau fans Korean memang tak sah tak minat rancangan ni. Program hiburan yang memang boleh buat kering tekak sebab kelakar sesangat. Maharaja Lawak pun kalah kot.

Rakyat Malaysia ni kalau bab Korea, movie ke, drama ke, tv show ke, lagu ke memang fanatik tak ingat punye. Rasenye orang Korea pun tak sedahsyat kita. I think laa..

Selain tu, rakyat Malaysia juga juara Fb. Bab bab mengelike fanpage, bab update status, mengadap Fb, buang masa refresh Fb hatta user Fb dari Malaysia pun memang antara yang teramai. #Fact

Saje je nak tunjuk gambar baik punye kat sini. Betapa rakyat Malaysia memang alwayzz number 1. Terbaekk!

Fuhh..jauh lagi tu Singapore nak kejar kite

4 tangga teratas orang Asia Tenggara. Tapi number 1 will always milik Malaysia.
Malaysia boleh!

p/s : actually haritu terjumpa ade pages lain yang rakyat Malaysia highest, tapi tak ingat

p/s : kan lebih indah kalau ke-fanatik-an ini ditumpahkan pada minat untuk dalami ilmu agama. Benefit bukan untuk diri sendiri saja, tapi juga ummah. Alangkah indah.. Muslim boleh! :)

June 01, 2011

Tak cool

Sangat tak cool, bila mana someone yang selama ni kita kenal dia sebagai baik, (dalam erti kata memang sucilah), tiba-tiba one day dia buat something yang kita rasa orang macam dia tak patut buat, terus kita hilang respek dekat dia. Macam dia dah sangat berdosa (?)

Macam kalau orang yang tak baik sangat (macam diri sendiri) buat takpe, tapi kalau yang sangat baik macam dia memang tak acila nak jugak buat.

Sampai berkata dalam hati "Memangla aku pun pernah buat salah camtu, tapi aku ni taklah sebaik dia, so dimaafkan la. Apehal dia nak buat jugak. Ceis"

Lepastu terus bersangka-sangka, heh teruk juga dia ni. Harap je baik, tapi jahat juga sebenarnya. Aaaa!

Side-baik dari dia macam dah lenyap sebab dia buat 1 kesalahan.

Contohla ek, contoh.
Selama ni dia cakap dengan lelaki sopan-sopan, tiba-tiba one day dia cakap dengan lelaki banyak ketawa pula. Terus rasa heh apa dia ni, tak senonoh betul.

Manusia ni hati sering di bolak-balik, iman turun-naik, itu kena sedar. Takde yang sempurna. Sape tahu, lepas si-dia-yang-baik itu buat salah, terus dia sedar dan bertaubat. Yang kita ni sibuk nak menjudging lebih-lebih, macam dia kisah? (memang kisah pun hehe)

Tak cool, ok. Tak cool.

Apakata, lepas nampak 'si-baik' buat silap, cuba try tanya dia dulu. Entah-entah masa dia buat tu dia tak sedar. Or masatu graf iman dia tengah turun sikit kot?

Bersangka baik lah, berlapang dadalah. Fikir macam ni je
"Sedangkan aku (yang tak berapa baik) ni pun, lepas buat silap terus rasa bersalah, mesti dia yang lebih baik ni lagi cepat rasa bersalah. Emm okay okay tak jadi nak sangka buruk. "

Nice kan? Itu baru cool.

Ini pun cool. Kan? Yey

Haha ok tak, sajeje. Selamat Hari Belia.
1 Juta Belia menyemarakkan Hari Belia (or nak jumpa Suju je sebenarnya. Haa tu kita taktau)

( ^_^)v Peace!

May 29, 2011

sakit

1. Hati sakit : Physically
2. Sakit hati : Emotionally
3. Hati berpenyakit : Ruhiyy

Kalau diberi pilihan, I would happily choose #1. and #2.

#3.? :'(

Simptom dah makin melarat.
Ada potensi rasanya.

Atau mungkin sedang alami.

KERAS. T________________T

February 10, 2011

si 'Loser'

Pernah tak timbul perasaan dalam hati rase diri sendiri ni seorang yang loser?
Loser dalam erti kate memang loser selosernye lah.
Tak penah?
Baguslah, jangan jadi macam sorang budak tu, memang sekarang ni fasa keloseran beliau adelah di tahap ke-8. Kira kalau dah tahap 10 maybe tak boleh nak buat ape dah lepastu. T.T

Sejak 2 menjak 3 menjak ni, ade sorang budak ni memang suke blogwalking, fb-running dan segalenye berkaitan tenet memang hobi nombor 1.
Lepastu die sedar 1 bende.. 1 bende yang buat die rase die sangat loser.
Haha kesian die.
Teruk betul

Sebabnye kan, banyak blog kawan-kawan, saudara mara, kenalan2, yang bila bace, die rase... Oh, dia ni, semakin hebat berfikir. Dia ni makin matang, boleh nampak dalam post nya ada wujud 'ruh' keinsafan. Dia maju lagi tapak kehadapan. What happened to them?

Tapi dirinye tu pulak, makin hari makin mengundur, makin gostan, makin lari, makin U-turn, makin LOSER la senang cakap.
Takziah kepade die.
Lain kali loserlah lagi.

Oh ye, tak kire lagi di Fb. Ada satu malam tu, dia bajet study hard sebab ade test.
Bila otak dah saturated, memang Fb la tempat melepak.
Skrol punya skrol....
Perghhhh rase loser datang lagi.
Tetibe pulak malam tu ramai orang nak post ayat ganas.
Ayat killer orang cakap. Yup, ayat killer yang killing ego hati insan berdosa :D <--- macam x logik je letak icon ni.

APE YANG TELAH TERJADI KEPADE SEMUA ORANG NI? TAK FUN BETUL LA TIBATIBA SEMUA NAK SKEMA BUAT STATUS.

So, nak share sikitla semua status2 yang berderet2 keluar kat wall malam haritu. Biar korang pun rase loser jugak. Hehe

Bertuah betul jadi loser. Siap ade rabbit lagi bagi hai. Terhormat sungguh

"Sedarlah!!! apakah hati kau sudah buta? atau hati kau sudah tepu dengan dosa sampai terhijab segala pintu kebaikan.. sia-sia amalanmu andai kau berterusan tidak mujahadah. keluarlah dari lorong kegelapan.. jangan pernah melalui mahupun menghampiri lorong itu kelak kau akan binasa.. bisa saja ajalmu datang sebelum sempat kau lari dari situ."
-MSMZ-

Bersihkan orang2 yang masih bermaksiat dalam barisan pejuang.
Perjuangan untuk islam tak perlukan mereka2 ini... BERSIHKAN!! BERSIHKAN!!
dia hanya menyebabkan gerak kerja islam hilang keberkatan sekalipun zahirnya nampak dia byk membantu. tak guna sekiranya dalam masa yang sama dia bermaksiat. Jika kita trgolong dalamnya...ingatlah....AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!i
cepat2lah...usaha kembali pd tali ALLAH
-MHMR-
(post yang ni memang tak menahan betul =.=')

SALAM. sebelum tidur,biasakan memaafkan segala kesalahan atau kekurangan sahabat yg mnyebabakan kita sakit hati atau sewaktu dengannya,bru dapat tenangkan jiwa sebelum mati kecil(tidur):)
-MHMS-
(post paling lembut untuk malam itu.)

Sekali terjerat, amat sulit sulit untuk melepaskan. Bahana Dosa.
-takingatsiapapost-

Imam Samudra;
"Bagaimana antum katakan tiada dana, sedangkan Allah Maha Kaya, mintalah pada Allah, mengemislah pada Allah, berdoalah kepada Allah dengan sungguh2 disertai dgn amal usaha & ikhtiar (bkrj sekuatnya). Bagaimana dikatakan tiada persenjataan, sedang bumi Allah ini luas, yang antum dapat lari kesegala arah untuk mendapatkannya. Bagaimana dikatakan tiada sesiapa yg mahu diajak berjihad, sedangkan jihad itu walau seorang diri dapat dilaksanakan.."
-TR-

PASTIKAN iman x lebur, jihad x lentur, ilmu x terabur, gerak kerja x mundur, semangat x kendur, & dakwah tetap subur...how???
-ARMK-

Sapa pandai,angkat tangan..
satu detik lagi mgkin MATI! muhasabahlah,bertaubatlah
-ARMK-

MATI!!
MATI!!
- ARMK-
(Si ARMK ni memang suke sangat buat status psiko psiko. Sabar jelah)

AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!

AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!AZ
AB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!!

AB!!AZAB!!AZAB!!AZAB!
-NU-

Bukan mahu menjadi pujangga.
Hanya ingin menjadi hamba
maka bicara puitis itu tidak bermakna,
kalau tidak menghubungkan diri kepada Yang Esa.
Dan aku melihat ramai yang menjadi pujangga,
tetapi amal kehidupan sendiri jauh daripadaNya
-HA-

'Ingatlah ahli ilmu yg mendiamkan diri adalah syaitan bisu!!! Kepada yg bukan golongan agamawan! Ingatlah Islam bukan hanya tanggungjawab ahli ilmu tetapi kepada semua umat Islam..'' (Syeikh Muhammad Fuad al Maliki)
-QF-

kata-kata yang cukup memberi kesan dari seorang naqib.."masa hiduplah ni time nak bekerja, dan bekerja untuk Islam..time ni memang takda masa rehat..jadi tak perlulah nak merungut. sebab time MATI nanti barulah tempat yang sebenar untuk berehat"...tersentak hati, terkunci bicara bila mendengar kata2 ni....renungkan~..
-MS-

perlukan penyucian untuk hati~pembersihan semula hati dari tompok2 hitam..
-MS-

dakwah adalah saat hatimu berkata.."sudahlah! Aku letih!", tapi kamu tetap bertahan dengan semua sisa tenagamu..Dan kamu tidak berhenti bergerak baik dalam keadaan ringan mahupun berat..~
-MS-

Jadilah penjaga masa, jangan jadi pembunuh masa..!!
-MS-

See? Boleh bayang tak tetibe je berderet status gini dalam 1 malam. Berjangkit kot diorang ni.

Apepun, juz boleh cakap tahniah lah pade korang-korang yang buat status atas ni. Ade sape2 rase status die masuk? Mintak izin kopipes. Saje nak bagi semuaorang rase loser jugak. Sukesukesuke.

Juga nak cakap timekaseh banyak-banyak sebab membuatkan malam itu rase macam kene tembak dengan machine gun je.

Itu baru paste status, kalau paste sekali segala komen2 dibawah status tu, haaaaa masak la. Boleh hangus sebab terlebih masak. Kurangkan minyak dalam masakan ye kawan-kawan *tetibe*

Ok lah, sebenarnye takde idea nak tulis ape, naseb baek ade orang2 rajin dah bagi sumber. Kopipes aja kita kali ini.
Kepada yang merasa loser selepas bace status tersebut, tahniah dan takziah saye ucapkan.
Tahniah sebab masih ada 'rasa' untuk terketuk.
Takziah sebab berjaya menjadikan diri anda juga seorang LOSER! Yay padan muke.

Sekian saje untuk hari ini.
Majulah amalan, tingkatkan mujahadah, moga iman itu kan terasa manisnya. InsyaAllah.

January 17, 2011

Hak awak hak kitew jugew

Tajuk memang nak annoying je kan.

One Monday (1.50am), kite jalan jalan bace blog orang. Tibe tibe terjumpe 1 blog ni. Entry die macam best, Ayat pun stail je. suke betul lah bace blog yang ayat ayat sarkastik nih memang rase terbaek gitu.

Tentang post best tu, it's about a girl, yang marah bile owner blog tu guna pic die as example for one of his blog post. Kirenye nak kate pasal that man takde hak guna pic die and mesti mintak permisi dulu ya. Dahlah entry macam panas, penuh sindiran, lepastu gune gambar kite. Panas sape tak panas weh? hehe

***************

Respon that brader dalam entry lainnye :

kepade cik adikintanpayungkayumanis,
saye tak amik pic awak dari blog awak. saye amik dari gugel. k thanx bye.

1. Sekali kau upload gambar di internet sama ada facebook, blogger, picasa, tumblr, myspace mahupun friendster. Bermakna kau BERKONGSI gambar itu pada people. Kalau dah nama berkongsi, wujud lagi ke definasi hak? Tak dapat jep.

2. Kalau kau tak mahu gambar kau DI KONGSI oleh people, atau tak nak di salah gunakan, JANGAN UPLOAD GAMBAR DI INTERNET. Buat saja macam dulu-dulu, print, cuci gambar letak dalam buku album, bagi orang terdekat saja tengok.

3. Don't play with internet rules if you don't dare to confront.

4. Internet is for sharing, for connected people, for social network. How come meyh if you want to show yourself, but you don't accept the share, the connected and the network?

***************************************

My comments :

For cik adikintanpayungkayumanis:
Bila dah publish pic dekat dunia siber, dengan kuase hujung jari yang 10 ini, tekan je apa apa ayat pun yang berkaitan memang dengan izin-Nya terpampang lah gambar privasiey kite tu. Maka, bile pic privasiey boleh terpampang dari simpanan Pakcik Gugel, apakah pantas untuk diklasifikasi sebagai 'Praivesiy'? (Mungkin juga kite berniat nak bagi pakcik Gugel je tengok, tapi die tak amanah pi show public kat orang lain jugak, eeee khianat tau rotan kang pakcik ni!)

For brader entrysarkaslagiterbaek:
If nak buat blog post, and guna pic somebody else yang dijaga Pakcik Gugel sebagai contoh, yang mane mempamerkan wajah watak dengan sangaaaat jelas, adelah lebih baik rasenye edit dulu kasi blur. Yela, niat kite baik, nak jadikan example terbaek dalam mengolah entry dakwah-sarkastik kite tu, TAPI bukanke mengaibkan orang lain itu dilarang Tuhan? Kite nak berdakwah, tapi memalukan orang lain. Tak kene tak kene.

So konklusinye, saye suke entry brader tu. Tapi dalam mase sama kurang setuju bile die gune pic that girl tanpa diedit blur. Apetah lagi that girl adelah blogger femes yang sangat cun meletup kau memang gojes. (kite yang perempuan ni pun suke tengok die, hau ebaut lelaki? fuh lagilaa)

Tak faham betul kenape bile gugel image 'sarkastik' ini adelah pic pertame yang keluar? Mungkinkah pakcik Gugel telah insaf menjaga amanah lantas mahu menjadi sarkastik juge dalam show image results?

p/s : I'm not going to share link url blog brader and gadis tu. Sebabnye? Adelah. Better tak yah carik lah. Sape carik memang degil, rotan nak? Kalau nak, pi tanye Pakcik Gugel yang suke pecah rahsie tu. Heeee