August 22, 2011

seriously, untunglah....

Untunglaaaaaah........................... jadi lelaki.

Eheh, why? Tak cukup bersyukur lagi ke jadi perempuan?

Tak. Bukan macamtu. But sepanjang cuti 4 bulan ni, biasalah mesti ada benda yang kita boleh jadi 'unsatisfied' kan (cakap jela tak puas hati zzzz). Haha but bukannya unsatisfied sampai nak mogok ke apa. Tapi seriously....... untunglahhh jadi lelaki.

Ok sebab apa?

1. Kerja

Based on pengalaman sendiri. Masa adik lelaki tunggu result masuk U, dia boleh kerja part time yang ada OT sampai 10malam dengan mudah. Macam ibuayah cuma kata "ok jaga diri baik2 jangan balik lewat sangat". And dia bawak motor je. Bahaya lah kan nak banding bawa kereta, motor senang orang nak tahan kalau lalu kawasan ke-hutan-belantara-an (yep dats my kawasan perumahan scenery haha kampung sesangat). But bila myself nak kerja, bukan takat balik 10malam, balik pukul 7pm tapi jauh sikit dari rumah pun dah a NO.

2. Keluar malam

Kalau abang or adik lelaki tiba-tiba malam2 nak keluar jumpa kawan mesti boleh. Tapi anak perempuan susah. Yela, anak dara keluar malam what the zzzzz. Tak kiralah kau keluar tu even sebab nak pergi Masjid Teras Jernang yang 10minit dari rumah sebab nak dengar kuliah lepas Isyak oleh ustaz yang best pun takkan boleh punya unless ada orang teman. (susah kot nak ada org teman, semua letih petang baru balik kerja sob sob).

3. Program jauh-jauh

Macam kalau ada konvensyen, talk, diskusi keagamaan, politik, apa apa ajelah yang dibuat dekat tempat jauh dari Bangi (Gombak, Ampang, Klang etc etc) even program tu siang and habis sebelum Zohor, tetap susah juga untuk pergi unless ada geng nak pi sama. Dan malanglah buat insan yang kenalan rapatnya sorang dua je kat Bangi ni (kalau adapun dia selalu bizi hal lain huhu).

Lepastu bila cuti mestilah cari2 juga kan mana2 tempat ada kuliah agama macam advance sikit (syarah hadis, Al-Quran. yela takkan nak belajar sendiri kang salah tafsir naya je). Dan tempat dekat2 rumah memang susah cari, selalu mesti jauh2 sampai kena masuk daerah lain yang dekat sejam perjalanan. Majlis pulak lepas Maghrib start. And again... takde orang boleh teman.... So sila pasang headphone putar lagu 'Berhenti Berharap' volume 14.

Konklusinye? Duduk rumah jadi bibik berjaya di samping baca buku-buku yang ada huraian dan asbab nuzul sesuatu ayat Quran/hadis sendiri. huhu T___T

Dan masalah ini takkan berlaku andainya anda seorang anak lelaki #fact.

*dan problem ni hanya terjadi bila cuti duduk rumah je. kalau dekat kampus, memang tiada halangan. sebab geng ada ramai. balik lewat pakguard dah tutup gate pun takde hal, rumah member luar kampus boleh pakat tumpang reramai. =)*

See? Bertuah kan jadi lelaki. Sungguh punya advantage yang banyak dalam soal 'cari pengalaman' ni.

=')

Mesti ada yang kata "Hey hey jadi perempuan pun untung juga. Setiap ciptaan Tuhan ada kelebihan masing-masing. Tinggal kita je pandai hargai atau tak. Lagipun lelaki dan perempuan itu punya fitrah dan keistimewaan berlainan, so buat apa nak dibanding-banding kelebihan satu sama lain? Be thankful"

Yup. Setuju itu. Terimakasih buat yang berniat untuk bagi nasihat macamtu, hehehe. Seriously post ni bukan nak kata malangnyeee jadi perempuan. Just nak bagi kesedaran pada kaum lelaki supaya hargai kelebihan yang ada pada diorang ni sebaiknye. Sayang 150juta kali sayang lah kalau korang 'gunakan' kepercayaan parents dan kelebihan ini untuk buat sesuatu yang memudaratkan diri malah boleh beri tempias buruk pada agama, keluarga, masyarakat dan negara (ayat karangan SPM ke ape ==')

p/s : kalau saye lelaki, mungkin akan buat entry 'untungnyeeee jadi perempuan'. Hihi!

August 21, 2011

=='

They are superb, just the way they are.

[47:7]

*nak segan dengan diorang boleh?* =='

August 19, 2011

verily...

Masa, masa, masa, yang membatasi

kian melewati hari

tanpa isyarat diberi

pergi meninggalkan diri

Dan aku masih disini

masih leka diri

tak mahu berdiri, pergi mencari diri

tak punya berani, harungi onak duri

demi mengenal cinta Ilahi

cinta sejati, cinta hakiki

Saat mereka sudah berdiri

jua ada yang kental berlari

berjuang, beramal mengharap redha Ilahi

aku disini masih bermimpi

dengan angan-angan sendiri

hanya mahu memuas hati

dengan penantian yang tak pasti

punya hala, atau memakan diri.

Indah dunia yang aku kejari

seakan bisa membantu diri

tuk jadi pendamping diri

hadapi Yang Esa di sana nanti

Bukan tak pernah ingatan diberi

bukan tak pernah terbuka hati

sedang ku jua mengakui

'bersendiri' itu melemah nafsi

namun jiwa terus meragui

apa benar janji Ilahi?

andai denganNya aku 'berjual-beli'

sesudah 'janji' itu terpateri

apakah itu sebaik baik resolusi

Hidup didunia cuma sekali

tiada ganti

tiada ulangi

Sedang akhirat itu pasti

jua kekal abadi

sampai masa ku diadili

tika itu aku benar sendiri

tiada tempat untuk ku berlari

tiada 'dunia' pembenteng diri

mulut dan lidah kelak dikunci

tangan dan kaki menjadi saksi

disoal segala amanah diberi

tiada terlepas walau seinci

masa mudaku, ke mana ku kerahi

ditanya apa sumbangan diberi

demi kebangkitan agama nan suci

apa jawapan buat Yang Mengetahui?

apa rayuan penyelamat diri?

"Tuhan, beriku peluang sekali lagi"

"takkan ku sia detik mudaku lagi"

"kini ku sedari, kini ku insafi. Tolong ampuni aku hambaMu ini"

"Telah ingatan diberi berkali

Telah dibuka petunjuk di hati

Meski rapuhnya jiwa dan hati

Seringkali raga bertarik tali

namun Dia sentiasa mengampuni

kerna Dia Maha Mengasihani

namun semuanya kau pandang sepi

dan kini

segalanya sudah melewati

tiada lagi belas buat yang mengingkari

hanya pembalasan untuk kau hadapi"

Allahu.. betapa ruginya diri ini

betapa rapuh iman dihati

kerna meragui janji Ilahi

andaiku tahu penyudahku begini

demi akhirat yang hakiki,

dan Tuhan yang Mengasihi

di dunia ini

dengan sesungguh jiwa ku bajai budi.

Aku yakin, dan aku pasti.

husnul khatimah buat yang tepati janji

kerna disitu, adanya redha Ilahi

tetapkanlah aku di jalan ini

wahai Tuhan Yang Membolak-balik hati

Allahu Rabbi.

-patenjihah'11-

August 17, 2011

...

F itu huruf kegemaran. Kerna ia nampak indah bila dipandang. Mungkin jua kerna nama sendiri dimulai dengan F. =)

namun jua punya makna kelam.
makna suram.
dan seakan makna itu sudah membisik diri.

semakin hari semakin kuat berbisik.
"berpaling, ayuh"

entah.

(mungkin perlu belajar untuk membenci F lepas ini)