النكاح سنتي فمن لم يعمل بسنتي فليس مني
"sabda Baginda s.a.w:nikah itu sunnahku,barangsiapa yg benci kpd sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ku"Eheh, 2,3 hari ni kalau perasan status ym selalu mode kahwin je saye ni. Biaselah bile rakan sekolah yang kahwin, jadi rakannye akan merasa kebahagiaan itu. Jadi disini dengan gembira ingin mengucapkan :
Moga kekal ke anak cucu, moga bahagia sampai syurga, moga berjaya membina baitulmuslim yang diredhai. Moga berjaya menjadi suami isteri yang saling menghormati. Moga dapat melahirkan zuriat zuriat yang bakal menjadi ansarullah satu hari nanti. Insya Allah... :)

Gambar ni bukti mereka dah diijab kabul. Hehe tak berani den nak tunjuk gambar lain, semua ade muke si suami, rase tak elok le pulek seorang gadisbaik macam saye (eh..eh..) publish pic suami orang kannn. Ade gambar tangan tengah salam tok kadi pun cukuplaa. Sah..! sah..!! -kredit to akh Al-Amin, curik pic dari blog beliau. Mekasih ustaz!
Fakta Menarik
1- Si suami adalah rakan sekolah saya sejak Tingkatan 1 sampai 3.
2- Ini bermakna beliau sekarang berumur 20 tahun. Begitu juga zaujahnya =) (fewit fewit)
Fakta Termenarik Sekali
1- Difahamkan si suami berkongsi tarikh lahir yang same dengan seorang penganggur bernama Cik Paten Leha, emm...emm.. apekah mungkin disana ada kebarangkalian rakan se-tarikh-lahir-nya itu akan menjejaki langkah beliau selepas ini? Itu yang kite tak tahu... 999 bakal mengupas isu ini.
2- Setelah ditinjau oleh 999, mendapati bahawa Cik Paten Leha tidak pernah berfikir soal itu, (kadang2 ade terlintas sikit2 tu normalla hehe). Ini kerana beliau berpendapat, sedangkan dirinya sendiri pun dia masih tercari cari, masih cuba mengenali diri, inikan pula hendak sibuk mencari dan mengenali manusia opposite jantinanya. Sedar diri ye, sedar diri.
p/s : anda yang lebih berumur tu bile lagi? lebih lebih yang tengah praktikal kat Klang dengan final year kat Tronoh tu, sila segera ye lapar nasi minyak ni. sekiann~~