December 18, 2010

S

S. Ada apa dengan S? Kite dapat gred S untuk subjek kalkulus? (adeke gred S T_T). Mungkinkah nak cerita tentang crush kite yang namanya mula huruf S? Bajet suspen la konon.

Actually ada pernah dengar, salah 1 method penjajahan minda (ghawzul fikr) oleh orang sebelah Barat terhadap umat Islam adelah dengan teori 6S. Ada kata 5S. Tak kisah lah

#1. STYLE
Atau fesyen senang kata. Kalau part baju macam biaselah tibe tibe benang terputus di tengah jalan sebab mesin jahit rosak, dan company pun takde banyak benang maklumlah nak jimat kos harga benang kan dah naik. Jadi terpaksa biarkan certain part tidak berjahit. Bab tudung pulak telah melahirkan insan yang tabah berusaha melilit lilit sampai nak tercekik leher hingga kan tak cukup nak tutup part dada.

Yang tak cukup benang selalunye lagi mahal. Mungkin untuk menampung kos kerugian syarikat akibat kerosakan mesin jahit.

#2. SEX
Yang ini memang kalau tak kuat iman memang senang nak terjebak. Even orang yang tahu dan faham agama pun, kalau tak dapat handle boleh melingkup sebab benda ni. Point permulaannye adelah bila seronok sangat main mata, then possibility untuk melarat ke arah lain adalah sebanyak 99%. Jadi lagu Kalau Berpacaran yang lirik sebut boleh pandang-pandang tu macam patut kena edit. Kan ada hadis Rasulullah bersabda yang maksudnya "pandangan pertama dimaafkan, tapi pandangan kedua adelah haram". Suhaimi Meor kalau baca blog saya sila ambil nota ye.

Laa takrabuzzina = Jangan dekati zina. Means, jangan dekati perkara yang boleh menjerumus ke arah zina. Agak agak kapel tu boleh menjurus tak?

Sperma yang menentukan gender bayi dalam kandungan. Jadi jangan marah bini anda tak jaga pemakanan ke apeke kalau tak dapat anak lelaki untuk jadi penyambung bisnes syarikat.

#3. SPORT
Bisa melahirkan insan insan yang rajin berqiamullail berjemaah seminggu sekali. Kalau pasukan pilihan menang, terus letak status facebook "Yeah Chelsea deserve it! Boooo MU!". Kalau kalah, terus memaki "Arghh Drogba ni. Patut bagi Lampard sepak penalti. Marahnye saye!" Eceh rileks ar bro, emo betul tak macho langsung.

Aucakk!

#4. SCREEN
Meliputi skrin tv, skrin laptop, skrin cinema atau mana2 skrin yang bisa memaparkan drama drama, movie, tv show, untuk dikhatamkan sepanjang cuti semester. Tiba tiba boleh jadi manusia yang sangat penyabar tatkale rela menunggu semalaman mendonlod segala macam benda demi dimanfaatkan pada hari keesokannya. Juga sabar beratur panjang beli tiket untuk tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Siaran kegemaran seisi keluarga.

#5. SMOKE
Penghisap tegar bakal punya bibir hitam gigi karat serta paru paru kotor. Bila hisap memang tak sedar dah berpuluh puntung habis. Selalunya nak release tension. Lepastu hembus hembus asap kat orang lain bajet cool la tu. Sangat annoying la awak ni tahu tak. Pleasela merokok tu tak cool langsung, menjatuh kredibiliti lagi ade.

Kalau banyak ni barulah cool. Awak boleh buat?

#6. SONG
Boleh tak nak kate yang ni influence dia sangat ganas after sex? Boleh boleh. Ini tidak dapat tidak memang memeriahkan suasane. Kelihatan pengeluaran lagu lagu tangkap leleh, funky dan catchy pasti mendapat tempat teratas dalam carta Hit stesen radio. Lebih lebih kalau lagu tu disertai dengan koreografi yang sangat macho oleh boyband (macam lagu SorrySorry :D), Menyebabkan rasa tidak kisah untuk playback music video diorang banyak2 kali. (macam sangat terase je diri sendiri ini)

S..... Super Junior? Erkk... =.='
(Shinee, SNSD,SS501.. haha tetibe banyak band korea mule huruf S)

Most of point di atas dokek atah pale sendiri. Lebih lebih yang nombor last tu. Dahlah tetiba teraddict dengan Suju. Lepastu rajin mendownload mv la tvshow la. Kalau dicampur semua masa dah infaq untuk buat benda2 tu mungkin dah boleh siapkan sebijik banglo.

Tak mengape. Everybody make mistake. Yang penting lepas tersilap dan tersedar, segeralah bertaubat dan perbaiki diri. Tuhan kan Maha Pengampun, pasti ada ruang untuk kita mula balik.

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Orang beriman akan pandang berat hal ni. Sebab dia sedar, segalanya perlu bermula dengan diri sendiri. Tarbiyah diri harus mantap dulu. Bukankah teratur urusan, mujahadah terhadap nafsu dan sangat menjage waktu itu 3 dari peribadi muslim yang baik.

p/s : Tak kate pun takleh berfesyen, takleh tengok tv, takleh minat sports, takleh tengok music video suju, takleh kahwin. Tapi biar berpada dan kene pada tempat.

p/s : Jangan pulak sape sape mase darjah 6 kelas die 6S nak tacing pule. Takde kaitan ye.

November 04, 2010

kebahagiaan dalam ke-stress-an (??)

Bismillah

Mode sekarang terase macam ...

Ehehe sesuke hati aku je kan nak on off on off pulak. Ingat ade suis ke ape. Tapi kalau ade suis pun bagus jugak. Tekan je on terus boleh cuti. Tekan je off terus skip exam. Wah sungguh bahagia di hati. Macam dalam hati ade taman. Sabar sabar, cuti tu insyaAllah coming soon. kalau umur panjang lah.

Maka dengan ini ingin mengucapkan kepade semua students yang akan final exam mahupun non students, merangkumi para pekerja, surirumah, bomoh, penganggur, etc yang mungkin sedang dilanda exam-kehidupan yang mana lepas exam tu takdelah boleh cek kat portal student dapat A ke B- ke, tapi boleh jugaklah nak ucap jugak;

Yakin lah...

Moga pass bukan sekadar pass, semoga ke-pass-an itu adelah yang berkualiti. Yang diiringi bersama dengan redha-Nya. Busy exam, busy study, bukan alasan untuk me-lower-kan lagi kualiti amalan yang MUNGKIN TELAH SEDIA ADA LOW. Muhasabah bersama.

Malas sungguh nak menaip lately. Hmm

October 09, 2010

Awak ni pelik lah

Di dalam sebuah kelas, ada 2 kaum. Melayu Cina.

Ceritenye bile dah nak dekat habis semester ni, memang aktiviti memonteng kelas, atau bahase ilmiahnye hadiri-kelas-tali-skipping (skipping class) sudah menjadi kewajipan para mahasiswa unggul harapan negara atas alasan ingin fokus study untuk test dan ini amat penting demi carry mark ye anak anak.

Kelengangan sekali kelas itu. Para pelajar M mulelah bila attendance sampai tangan terus carik name sendiri dengan nama bff.
"BFF aku tak mai arini, mesti tolong signkan. esok2 hari aku monteng die tolong plak. hewhew"

Lecturer kepelikan.
"Hai? kelas lengang, tapi attendance sign penoh. Meh angkat tangan saye panggil name"

Selepas sesi ujikaji, ternyate pelajar M ramai tak datang, tapi suruh orang sign kan. Pelajar C pun ramai tak datang, tapi mereke jujur.
"I tak latang kelas so mana boleh olang sain kan loo"

Aha.. terbalik sudah? Yang mengaku Islam sikit pun tak jujur, setelah ponteng lepastu tipu lecturer. Tak rase pelik ke, tak ke tak ke tak ke?

"Haha ape nak peliknye. Kalau tak pernah ponteng kelas tu la namenye pelik okay. Skematik plastik lah hang ni. Huhu"

Awak fikir cara macamtu boleh berkat ke ape yang awak tengah study dalam bilik untuk test demi carry mark yang gempak itu?

"Sure! Berkat aku ponteng, banyak mase boleh study result pon tebukti gempak kotttt"

Dibimbangi ia istidraj cuma. Hati hati sahabat.. Kalau lah guru tu tak redha, tak bermakna langsung 'success' awak tu. "Without blessing, success is nothing"

"Ala, remeh je kot hal ni. don't be so skema lah kawan. Takkan sekali sekale nak skip class tak boleh kot. tak remaje la ko ni."

Entahla.. Kalaulah dalam diri tu tersemat betul betul Apa Tujuan Aku Belajar, insyaAllah takkan sanggup hadiri-kelas-tali-skipping ini. Kalau setakat skipping je takpe, lebih ganaih nak tipu attendance so what la kan? Kalau benda macam ni pun tak boleh nak jujur, tak tahulah untuk benda-benda yang lebih besar how can you control yourself.

Tepuk dada tanye diri tanye hati tanye jiwe tanye iman.

Belajar bukan sekadar untuk exam. Bukan sekadar nak dapat kerja hebat gempak bagus. Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap Muslim. Cubalah fikir jangke mase panjang sikit wahai mahasiswa unggul harapan negare sekalian. Awak tak rase ke ilmu tu patutnya awak gune untuk bantu agama Allah ni?

Awak nak jadi lawyer, biar yang dapat daulatkan undang undang Tuhan. Awak nak jadi director, biarlah yang bikin filem berunsur keagamaan. Awak nak jadi ahli politik biarlah semata-mata nak bina sebuah negare Islam. Bukanke kuasa itu adelah sekuat kuat medium untuk kite berdakwah;

Sabda rasulullah s.a.w:

“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.

Selagi mane kite tak cuba improve diri kite untuk hal sekecik ni, tak payah cerite lah pasal kemenangan Islam.

"Jangan bicare tentang perjuangan, kalau kelas pun asek memonteng. Jangan bicare tentang perjuangan, kalau esaimen pun nak meniru je tahu. Eh tetibe termasuk bab esaimen."
by : si pujangga low-profile

Malas mahu bebel panjang2. Masing2 dah besar, boleh fikir baik buruk. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sahabat sekalian.

Yang Benar,
insan penyayang yang inesen.

September 21, 2010

jenayah mesej ribena

Amaran : Jangan tiru aksi ini dirumah. Walau bukan dirumah sendiri pun jangan tiru jugak tahu.

(penulis tidak terlibat dengan mane mane watak di bawah, sekian)

Al-kisah disebuah kampung, seorang gadis sedang bermain Pesbuk. Maklumlah, takkan zaman canggeh ni masih nak layan Prenster lagi. Sungguh ketinggalan.

Tiba-tiba, seseorang telah 'add' beliau.
"EH? PAAN?! ini rakan sekolah rendah ku. wah tak sangke ketemu disini. sukenye sukenye"

Maka setelah ber'friend' dalam Pesbuk, mereke pun bertanye khabar.
Sedang berbalas komen, tetibe sang gadis didatangi seorang kanak-kurang-matang.

"Oooooooooo... sape Paan tu. pakwe dengan Paan! Pakwe dengan Paan. Ahahahahah..Ahahhahah"

"Mane adela..tu kawan sekolah rendah kot. Annoyed! Uwekkk"

************

Satu hari, Paan hantar mesej pade si gadis. Mesej raye rasenye. Si gadis yang tak sempat reply, terase seperti hendak ke tandas lalu meninggalkan fonnye sebatang kara dalam bilik.

1 jam kemudian ..
"Eh, lupe lak nak balas mesej Paan"

Setelah dibelek henfonnye, beliau mendapati sesuatu yang amat pelik. Inbox mesej dari Paan begitu banyak. Sepertinye ade orang yang tolong balaskan mesej beliau.

(Merah ayat Paan. Biru ayat ehemehem)

"Selamat hari raya blablablaba "

"Mengadalah kau ni, ada hati nak dekat kakak aku. Muka dahlah tak hensem (beserta emoticon kartun kepala berapi)

"Ape kau merepek ni???"

"Mane ade aku merepek. Betul apa aku cakap"

"Mende???"

"Alaaa buat buat tak tahu pula"

Mesej terhenti sampai situ.

Si gadis : sape balaskan mesej aku ni.. T___________T

**************

Maka dengan ini saye ingin mengucapkan selamat maju jaye kepade adik bongsu saye, Fasihah Husna Ashari yang menduduki UPSR starting hari ini.

Wish you all the best sis! Even anda sungguh annoying tapi nak buat camane. Setiap orang ade pe'el masing-masing, dan itulah yang menceriakan suasane setiap femili. Kan kan? Steady Una! =)

Pesanan untuk mu : Lainkali jangan nak memandai balaskan mesej kakak-kakak abang-abang. Riang ria ribena die je kan. Sungguh tidak terfikir kesan jangke mase panjang. Haihhhhh...

Konklusinye? Haa kite fikirlah same-same

September 08, 2010

Salam perantau dari Kg Sungai Buah.

Bismillah

Eceh perantau la sangat. Yela, perantau dari Bangi ke Serdang. Tak cukup jauh ke tu?

Assalamualaikum kepade semua, sungguh lame beta tak update blog. Rakyat jelata apa khabar? Sesungguhnye semester 3 ini tersangat very hectic nye lah, sehingge dirasekan jika meng-online-kan diri itu namanya mencari bala. Maka hanya bisa online secare 'underground' cuma. Ahaa tetibe rase sensitif pulak word underground ni. Takpe, abaikan. Tak perlu kot bebel panjang2 pasal lama tak online, macam la orang lain kesah. sob sob...

Untuk membuang sawang di sekitar , mari kite tukar template baru!

Ok, stret tu de point, memandangkan pagi ini bakal pulang ke kampung di mana tiade kemudahan wifi, maka secare cepatnye ingin mengucapkan ;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
kepada semua sahabat-sahabat, tak kire yang baca atau ter-baca blog ini.
Moga sentiasa dalam rahmat Allah selalu, insyaAllah =)

maaf kalau pernah ade salah kate-kate, salah sangke-sangke, salah minte-minte, salah mate-mate, salah jeling-jeling, salah segalenye lah.

Memang susah nak berbaik dengan orang yang dah guris hati kite. Tapi, cukup lah kita tak berdendam dengan mereka, lemparkan senyuman bila berselisish dan paling penting tak berniat untuk putuskan silaturrahim. Setiap mukmin itukan bersaudara. Kalau tak berukhwah sesame kite, nak dengan sape lagi, kan?

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]

Dari Anas r.a, pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Bahawa Allah berfirman maksudnya;
"Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya"

Sedang Tuhan ampunkan dosa kite yang bertimbun-timbun, inikan dose sesame kite yang kalau nak kire, taklah besar gedabak mane pun.

Last but not least, puasa berbaki 1 hari lagi. Sungguh masa yang pantas berlalu hingga tak terase pun berade di bulan Ramadhan *bace dengan nada lagu Harapan Ramadhan ManBai ft Raihan*

**********************

Aha, tahu kontroversi iklan raye tv3? Hehe sekali tengok dah geleng-geleng kepale. Tahu pun sebab heboh dalam Facebook. Tak mahu komen banyak2, just satu je nak cakap ;

Mungkin ini Tuhan nak tunjuk, pada kamu (tv3) yang bagi saye (kami maybe) selalu menghebahkan berita yang memusykilkan lagi meragukan kesahihan, bahawa kamu juga bisa tersilap langkah. Hingge menimbulkan kemarahan ramai orang. Even dah tarik balik iklan tu, I'm demanding for explanation from their crew, apa motif sebenaq depa buat iklan lagu tu. Tapi.. harapan jela....

Eh.. nak raye dah, mari amalkan sifat saling bermaafan sesame kite. Mencuba untuk berbaik sangka, cume nak explanation untuk kelegaan hati. Takde dendam dendam pun. Huhu peace!

p/s : sebenarnye rase cam tak layak nak raye je, sebab usehe ke arah mencapai kemenangan tu dirasekan terlalu sedikit. Entah sempat tak untuk Ramadhan yang di lain tahun. Meh same same insafi diri dengan Kamu Tak Layak Untuk Aidilfitri. T.T

July 17, 2010

p/s ; panda ailavyu @.@

Penat. Biar tak sampai seminggu a.k.a 7 hari, ke-pack-an tu dah mula membahang. Mampukah?

Tapi.. kalau nak diikutkan, ramai lagi yang lebihh pack dari ini. Ramai lagi, iye. Dan beban ini takkan di anugerah Tuhan andai diri tak mampu memikul. Bila lagi nak aplikasi konsep bersangka baik dengan Tuhan?

Mungkin inilah yang dinamakan sebagai, tarbiyah. Mendidik diri dan jiwe untuk lebih kuat. Orang mukmin yang lebih disayangi Tuhan adelah mukmin yang kuat, berbanding si mukmin yang lemah.

Semoga tiada panda-panda yang tetibe bertukar jadi Kung Fu Panda semate mate nak revenge pade manusia yang telah mencurik mate panda mereke. T____T

"kite selalu mahu dan harap nak redha Allah, tapi cube reflect balik sejauh mane kite selalu redha dengan Allah dan ketentuanNya? adil tak?" - Ustaz Sazli

June 19, 2010

hello sahabat concern! =)

Edit mengedit gambar adelah hobi biase. Asal nak upload pic, mesti si owner akan tapis dari ribuan pics, dan pilih penampilannye yg kelihatan okayyy dan comel lote je untuk diupload. Kalau tak okay, memang akan edit dengan penuh jitu asalkan tudung tak senget, wajah cerah, jerawat terhapus. Lumrah, semua nak nampak comel di mata umum kan? :D

But, kite sering tak concern akan satu bende yang sangaaaat important, iaitu adakah semua makhluk dalam pics tersebut sempurna penutupan auratnya? Yup, kadang2 realitinye dah pakai tutup elok, tapi bila dah posing2 memang akan terselak la sikit eniwher.

Antara jenis2 gambar yang suka di show-show oleh remaja pade public di web sosial adalah :

1- Show off BFF

Orait, bila dah bosan depan tangge pun nak bergambar, lebih2 bila dengan BFF. Jadi semua pun nak buat gaya comel, lepastu nak show la pade semua kat fb atau blog "Inilah BFF Saya!" Tapi adekah kite alert keperfect-an tutupan aurat? Jadi disinilah gunanya khidmat Paint atau Adobe Photoshop. Ape salahnye tolong lukis handsocks tiruan kat tangan2 mereka? Kat sini 3 orang lengan baju terselak sikit, so kate bff kan, concernla takut2 lelaki nampak aurat kita2, rite? :)

2- Show off vacation tempat best2

Haa.. bile pergi tempat best, memang lagila nak tunjuk kat orang. Terus buat album "Melancong ke Pelabuhang Ikang". haha. Di atas ni sedang berdiri atas bot nelayan tangkap ikan. Bertuah weh, bukan sume dapat experience ni. Ok, kalini slack member terlupa untuk pakai stokin akibat tergesa2 mengejar bot ikan (haha). Maka, tolonglah lukiskan crocs tiruan kat kakinya. Kata sahabat dunia akhirat? :)

3- Show off aktiviti seronok bersama teman

Ni pulak, bila aktiviti girang bersama teman teman. Nampak kan sorang tu lengan baju dia terselak. Bile upload mesti nak tajuk album "KMJ Happening" huhu. Sebagai sahabat concern, mari editkan untuknya. Kata kawan sejati?:) [time ni J-robik competition kelas kitorang dapat nombor 1 okay..hidup H4P25!! =D]

4- Show off event meriah lagi havoc

Haaa yang ni memang lagilah. Tengok pun dah tahu havoc betul, lalu bila masing2 balik bilik terus nak upload kat frenster (time gambar diambil, Fs masih yang ter-top dalam jiwa remaja hikhik). Punyelah ramai terselak tangan baju tuh. Gara2 over excited katekan, sebab majlis perpisahan after 1 tahun berteman. Editkanlah, kata sahabat concern? :)

5- Show off aksi ganas lagi cool

Ha yang ni selalunye set2 lelaki la. Kalau depa main sports, asal dapat snap aksi cool macam smash bulu tangkis ke, atau tendang bola melompat ke mesti nak upload lepastu caption "Saya Hebat Kan?" ewww. Tengok lutut terbuka pun buat tak hirau je ish ish.

And, kite tahukan suara perempuan ni, di dayu2 secara sengaja depan lelaki hukumnya haram. So, sebagai saudara concern, even kite minat mana2 artis wanita sebab lagu die best, janganlah kite upload lagu2 diorang kat EfBi ke. Mane tahu ade lelaki2 tekan 'play' pastu asyik je dengar. Kitekan same2 orang Islam, shud alert la pasal ni. Memang la sape suruh jadi penyanyi carik penyakit, tapi at least kite jangan menambahkan dosa, ye? :)

Soalan : kalau lagu nyayian wanita non-Muslim boleh tak? huhu sape tahu

Tapi, tapi...ade masalah la derr....:(

Rungutan : Alahai, takkanla nak edit camtu, habis gila buruk gambar comot cam kartun jek
Solution : Laahai, takkanla edit buang jerawat, cerah muka, straight tudung boleh je buat kemas, nak tutup aurat ni tak reti pulak? Ni gune Paint je, memangle comot lomot. Gunela apps lain aduyai awaks ni puns hoho

Rungutan :
Weh kalau edit camni takke terase member? Macam nak perli dia je siap lukis2 handsocks dengan stokin tiruan plak.

Solution :
Hehe takdenye member terase, kita buat ni sebab sayangkan diorang kan? Lagipun nanti mesti bila upload nak main tagging pulak, lagi besar possibility ramai orang usha. Awaks nak jadi penyumbang dosa kah?

Rungutan : Satu keje pulak nak edit. Ade care lagi senang tak derr?
Solution : Ouh ade derr... solution terbaik, takyah lah upload gambar langsung. Habis cerita

p/s : tujuan peng-mask-an wajah watak2 adelah untuk menjaga privasi, manetahu kot2 ade yang tak izin upload sini, habes kene babbling karang. Tatutt tatuttt =p

p/s/s : cube bace ni. I'm inspired by this -
Jangan Promote Dosa Wahai Der & Ter Sekalian

Ini adelah satu dari ciri-ciri sahabat concern. Anda rase anda dah penuhinye? =)

June 15, 2010

kanak kanak ceria (^_^)v

Ini adelah tag panjang . Alang alang memang takde idea nak blogging, sadenli kene tag, jadi mari asah otak dengan buat tag ni. Actually malas nak wat, tapi lepas dipaksa oleh ehem3 uhuk3 dan ihik3, maka buatlah. Semua beria-ia nak tahu haa nah amik ni. =P

*urutan nama bukanlah ditulis berdasarkan sape atas dia lebih diingati yang bawah paling tak pemes. Oh tidak, tiada bias disini. Juz tulis randomly, sebab tiada yang digelar utama dan tak utama. Korang faham tak ni? =P

Dell
Kecik dan comel. Mase jumpa she's the most friendly, suka cakap and sangat mudah senyum. and dia ni nampak berusaha, sebab mase dekat TS nak amik gambar, kami ber4 sume segan2 but Dell dengan selamba badak airnye mintak mamat cina la, amoi la tolong snapkan. haha comel!! Dia ni memang busygirl, banyak betul aktiviti kolej die involve. Bagus. Dulu selalu mesej saye ajak keluar, but time tu saye malu2 kucing. hehe. Mujur kite dah ketemu akhirnya kan? =)

Anis Safiah
Adik kami ni. Cute and sangat sukekan Korea. Sikit2 SuperJunior, sikit2 ShiNee (eh eh). Dia founder nama geng 'Femili Ceria', sebab masetu dia tengok semua rajin reply2 walau apa soalan pun mesti ramai nak jawab, memang saling membantu lagi ceria. Geng 'vampire' jugak ni hehe. And now kat Egypt, and nak jadi Pediatrician. Sangat sesuai dengan karakternye yang suke kanak kanak. Anis memang manja dengan ayah dia, am I rite Anis ? .. Nanti balik Malaysia roger tau, reunion jom! =D

Effadila
Pun comel! pandai memasak, menyanyi, berdebat. And selalu jeles sebab dia boleh reka resipi sendiri dengan experiment, bukan belajar masak formally. Masa jumpa pun nampak dia agak kelakar sebab boleh lak tengok filem Santau die buat lawak. Jadi part seram bole jadi lawak okayy! huhu.. very good in english. Status dia dekat fb selalu macam kelakar sebab ade story pasal ayah, mak and especially pasal Aziq the debab =D. Dia ni penyayang orangnya, sebab kalau bercakap mesti nak ade "mmuahxx", "yunk", "hun", "luv".. Terus rase terharu lagi bahagia bila dapat words tu sob sob...
herFmyFtoo : Azyan Azman, ingat kan effa? she's my coursemate sekarang ^^

Nedd

Nedd pun pandai masak, pandai english. Selalu terliur bila die letak resipi masakan ke baking ke dekat blog dan rase jeles membuak2 sebab I tak reti baking sob sob.. She is outspoken, terus terang. Kalau sedih, gembira, marah, memang dia akan share supaya semua faham perasaan dia (kan nedd kan? =D). She is a good listener, tempat kawan2 die mengadu bila ade probs. And lately suka gelak, dalam hati ade taman betul haha. Man kate die cepat berang, haha.. maybe sebab nedd suka guna tanda "!" dekat penghujung ayat, so nampak macam marah. That is trend la. Kalau bace buku Hlovate pun ayat2 biase selalu ade "!" hujung ayat, kan? Suke kenekan dia, haha banyak kali kot. Even kamu balas balik, tapi tak menjadila nedd wekk!! and berjaya mengesan her big secret setelah analyze dengan penuh detail hehe. =P

Najibah
The matang-est between girls. Also known as chief girl rangers. Baik and humble. Entry blog dia sangat matang, kadang2 bila baca rase macam eh ceteknye tahap pemikiranku compare to her huhu. To be truth, suka baca komen2 kat status jibah sebab mesti selalu ada discussion yang best between her and friends (omaigod am I a stalker? haha tak tak.. juz love to view your status' comments =p). Kalau bagi komen point sangat bagus, mesti sebab banyak membaca ni, nak tiru jugak! hehe. Dulu panggil dia Ummi, semuanya dak aiman punye hal lah. Bila mahu jumpa ni? hukhuk..
herFmyFtoo : Farah Aqilah, Anas, tu schoolmate dulu. and now da jadi rakan seperjuangan jibah^^

Sueray
Salah sorang 'vampire' time muda mudi dulu. Antara pemeriah group dikala umat lain lena dibuai minpi hehe. Kire geng aiman and anis la ni. Pun dah lama tak bual dengan dia, last pun masa masih aktif di fs. Blog dia in english, pure punye memang sah gce-o 1A spm dulu. kan sueray kan? Even xpenah jumpa, but boleh tahu dia ceria orangnya and kelakar, kan3? =)

Anneh
She's cool! Bila baca blog dia rasa dia sangat sempoi, especially time artwork dia terpadam tu.. dengan coolnya dia solve the prob. and sangat creative, suke tengok pic yang dia lukis dekat blog, mahu terer juga. And dulu mase mula2 kat grup dia selalu bukak thread pasal unsur2 politik sikit, hehe kire nak membuka minda. Good job. Nanti balek Malaysia roger2 tau! =)

Fareha
Faa baik dan agak pendiam. Blog dia selalu ringkas, tapi isi padat dan bermakna. Agak menyepi kebelakangan ini, busy barangkali. Lemah lembut, cam gadis melayu terakhir, i like! Faa update blog cepat. Nak baca! =)

Liyana
a.k.a syncro. Oghang peghok. Dia terer bab2 komputer ni. Sekarang amek engine kat PuO.. pun dah lama tak borak same..kan yana kan? hukhuk

Diyanah
Huhu budak kiut. Suka baca blog dia sebab comel macam tuannya. Funny and cute. Kalau baca blog dia mesti teringat blog Macham Iz Punye sebab care diorang taip selalu ayat panjang2 susah betul carik noktah haha. Suka cakap pasal kahwin la, love la, geologist hensemla (eh eh) haha. Tapi dia tak lah merapu, so far masih di landasan yang betul hoho. Suka ek gaduh ngan man, sebab dua dua pun nakal =P. Tak pernah jumpa lagi, but rasanya kalau jumpa mesti mulut dia pok pek pok pek. And i love ur smile Diyanah! Sangat sweet sebab bisa menonjolkan barisan gigi yang sangat putih. fewwit! =)

Suraya
Budak nuklear merangkap pencinta fizik. Kalau dekat blog info info memang tak lekang dengan fizik beliau, haih dahla fizik ni my number 1 fevret subject dari belakang hehe. We are collegemate mase di KMJ dulu, but tak pernah jumpa. Dia agak patriotik, sangat memperjuangkan bahasa, bangsa, budaya dan ape2 berkaitan nasional dan kebudayaan. haha sampai lagu2 patriotik pun dia post, ish3 1 dalam sejuta tau orang cam su ni, respeklah! =)

Sabrina
Sabahan girl. Now jarang nampak dia di alam maya ini, ke mana kamu bah? huhu. Pun minat band band Korean jugak huhu. Rasenye rapat ngan si Ieyra, geng kuman2 manja. Cik kak lama lah tak nampak awak, nanti datang semenanjung roger2 la nak ajak reunion sekali =)

Afiah
Kawan baik nedd di alam maya. 1st time jumpa dekat TS, nampak dia lain sikit dari gambar hehe. And semalam dia dapat good news, berjaya sambung maktab! congrattssss!! Cita citaku satu tika dulu itu hukhuk.. kakak yang baik, based on baca entry dia di blog. And pendengar yang setia, bak kata nedd.. kan Piah kan =)

#Ade yang tertinggal? adess sori kalau ye.. aku buat mane yang teringat je la kot hihi.
#For every praises, dont forget to say Alhamdulillah which means all praises due to Allah
#and mana2 ayat yang kurang enak, hope jangan tacing.. play play aje la.. ok? =)

May 22, 2010

Anak suke, ibu setuju =D

Bismillah

النكاح سنتي فمن لم يعمل بسنتي فليس مني
"sabda Baginda s.a.w:nikah itu sunnahku,barangsiapa yg benci kpd sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ku"

Eheh, 2,3 hari ni kalau perasan status ym selalu mode kahwin je saye ni. Biaselah bile rakan sekolah yang kahwin, jadi rakannye akan merasa kebahagiaan itu. Jadi disini dengan gembira ingin mengucapkan :

Selamat Pengantin Baru kepada Ahmad Muzani dan Siti Norul Aini Hasmidar

Moga kekal ke anak cucu, moga bahagia sampai syurga, moga berjaya membina baitulmuslim yang diredhai. Moga berjaya menjadi suami isteri yang saling menghormati. Moga dapat melahirkan zuriat zuriat yang bakal menjadi ansarullah satu hari nanti. Insya Allah... :)

Gambar ni bukti mereka dah diijab kabul. Hehe tak berani den nak tunjuk gambar lain, semua ade muke si suami, rase tak elok le pulek seorang gadisbaik macam saye (eh..eh..) publish pic suami orang kannn. Ade gambar tangan tengah salam tok kadi pun cukuplaa. Sah..! sah..!! -kredit to akh Al-Amin, curik pic dari blog beliau. Mekasih ustaz!

Fakta Menarik

1- Si suami adalah rakan sekolah saya sejak Tingkatan 1 sampai 3.

2- Ini bermakna beliau sekarang berumur 20 tahun. Begitu juga zaujahnya =) (fewit fewit)

Fakta Termenarik Sekali

1- Difahamkan si suami berkongsi tarikh lahir yang same dengan seorang penganggur bernama Cik Paten Leha, emm...emm.. apekah mungkin disana ada kebarangkalian rakan se-tarikh-lahir-nya itu akan menjejaki langkah beliau selepas ini? Itu yang kite tak tahu... 999 bakal mengupas isu ini.

2- Setelah ditinjau oleh 999, mendapati bahawa Cik Paten Leha tidak pernah berfikir soal itu, (kadang2 ade terlintas sikit2 tu normalla hehe). Ini kerana beliau berpendapat, sedangkan dirinya sendiri pun dia masih tercari cari, masih cuba mengenali diri, inikan pula hendak sibuk mencari dan mengenali manusia opposite jantinanya. Sedar diri ye, sedar diri.

p/s : anda yang lebih berumur tu bile lagi? lebih lebih yang tengah praktikal kat Klang dengan final year kat Tronoh tu, sila segera ye lapar nasi minyak ni. sekiann~~

May 19, 2010

Eh eh, tak faham saye.

Normal kah, bilemane kite rase tak faham dengan diri sendiri?

Selalunye kite tak faham dengan orang lain. Rase, eh minah ni tak faham aku kejap emo kejap ok tembak kang. Ataupun ish mamat ni kejap sombong kejap mesra alam dengan aku, haih terluka betul dipermainkan *ceyy ceyyy*. Ini biaselah, kadang2 orang lain tu ok je, kite yang over nak su'u zhon, bersangka buruk. Tu yang asyik jiwa tak tenteram. Berlapang dada dengan kelemahan orang lain, ok?

But, bile part tak faham dengan diri sendiri, itu paling dahsyat, kot ?

Macam macam situasi yang main peranan jadi faktor problem macam ni. Maybe sebab jiwa lemah. Rasa nak pada kebaikan, tapi takde istiqamah. Rasa nak tinggal sangat benda benda yang remeh temeh selalu belenggu hati jiwa fikiran perasaan (dramatik pula) tapi takde mujahadah. End up, harapan tinggal harapan, diri takde kemajuan, umbang ambing tak terurus.

Padahal setiap muslim yang cemerlang, adalah mereka yang hidupnya hari ini lebih baik dari semalam. Pernah dengar ni,

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Ok, bila dah tahu, tapi tak berapa berjaya apply, ape maknenye tu? Hari itu apply, esok tidak. Dah main on off lah pula kan. Something wrong inside. Inside ni memang bila dah kotor sikit, payahlah kan. Kadang kadang rase macam nak lepuk diri sendiri je. Bila satu hari diisi dengan perkara yang kurang berfaedah, sedangkan hari sebelumnya diri penuh termotivasi berjaya cemerlang. Rase tak boleh blah kepade diri sendiri. But.. but.. remember, dats not the reason untuk kite give up. Not the reason untuk kite terus lemah. Tuhan kan Maha Pengampun, even berapa kali gagal pun nak apply, masih peluang yang luas terbuka untukmu berubah. Untuk bangkit.

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim)

Penyayang... amat sangat.. kerana Dia amat Mengerti lagi Memahami akan hamba-hamba Nya. tsk..

Lebih lebih di kala cuti ini, nikmat masa lapang yang saaaaangat luas terbentang depan mata, memerlukan kekuatan mental untuk berjuang (fuh gune ayat berjuang cam ganas huhu). Betullah berjuang, juang lawan nafsu :)

Mari usaha untuk mencari diri, dalam erti kata mengenal erti diri diciptakan, erti bertuhan, erti hidup. Banyak sebenarnye benda yang perlu diletakkan as priority before fikir hal yang remeh. Fahami diri, kenal diri, biarlah terurus dan tersusun, after dat kalau nak fikir hal lain macam nak kenal 'oranglain', (EHEM!) go ahead =)

p/s : jangan biarkan konflik jiwa terus membelenggu diri, we have Him, right ?

Allah berfirman: “Aku bersama hamba-Ku ketika ia mengingat Ku dan bergetar bibirnya menyebut Asma-Ku.” (Hadits Qudsi Riwayat Bukhari)

p/s/s : lame tak berblog, terase kejanggalan yang sungguh nyata dikala menaip T_T

April 11, 2010

Fakta yang tidak penting

Okay memandangkan saye seorang yang bizi maka agak lambat untuk receive award ni. Well nak exam katekan (padahal hari2 online jugek). Dapat dari 2 orang sahabat pula tuh wahwah ni nak kembang ni. Beautiful sangatkah saye sampai 2 orang nak bagi sekaligus? Oh terharu. *gelimatmat*

Siap ade wasiat lagi tuh. mari tinjau !

1- Thank and link the person who gave you the award.
2- Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4- State 7 things about yourself.

Baiklah,

Pesanan 1 :
Dapat dari mereka iaitu Aishah Jauhara juga Fareha Azhar. Thanx korang comel sungguh. Seorang rakan sekolah, seorang rakan alam maya. Yang paling penting dua dua peMALU tahu fewit fewit =)

Pesanan 2 + 3 :
Hmm ni malas nih. Kalau pass pun bukan sume nak buat. Sume style "rajin" buat tag huhu. Skip ah skip ah. Babai pesanan maafkan saya :D

Pesanan 4 :
Eheh. bagitahu yang ringan2 sudah

i) Huruf kegemaran
Sudah pasti huruf F. Ada apa dengan F? Kerane F selalunya nama orang yang best. F stand for Ustazah Fatimah Syarha, penulis Tautan Hati. F juga stand for Dr Farhan Hadi, penulis Denyut Kasih Medik. F jua merujuk kepada Fatin Nazihah, gadis innocent yang baik hati. Bukankah mereka bertiga sangat comel? Terimakasih

ii) Nombor feveret
Dianugerahkan kepada nombor 3 dan 7! Kan bagus kalau tarikh lahir 03/07/1973, mungkin kini sudah punya bala tentera sendiri. (omg)

iii) Penulis keminatan
Ini dulu memang tak pernah ade. Sejak bile entah jadi minat. Mereka adalah ;

a] Fatimah Syarha - gara gara buku Tautan Hati dengan satu lagi tu tak ingat tajuk
b] Hlovate - gara gara Rooftop Rant (entah bile dapat bace yang lain hmm)
c] Hilal Asyraf - gara gara blog yang best jadi semua buku pun rase best

iv) Warna kesukaan
Katekan Ya kepade warna Hijau nan redup juga Pink yang gedik

v) Saye adelah mahasiswa berumur 20 tahun (macam matured je bunyi kan kan)

vi) Bakal bawa motor ke kampus sem depan supaya senang balik rumah hari hari

vii) Tidak gile kuase (tetibe)

Sekian saje penggunaan mase demi membalas jasa baik dua gadis comel yang bersusah payah memberi award setelah sekian lama. Maaf untuk wasiat yang tak tertunai. Mengharapkan anda mendoakan kejayaan ku untuk final exam starting 15 April - 29 April ni. Cuak cuak

Ok babai. Study time =')

April 04, 2010

Malu versus Segan? we choose ;)

Malu lawannya adalah segan. Perempuan yang ada malu akan menutup aurat, berbudi bahasa dan sopan tetapi berani ke hadapan, bertutur kata, memberikan pandangan dan berperanan. Perempuan yang penyegan, mungkin menutup aurat atau tidak, tetapi yang pastinya, dia tidak berani menonjolkan diri.

Moralnya : kekalkan malu dan hapuskan segan. - quoted from here

Segan = malu tak bertempat. Oh terase sangat betul ayat ini. Mari gadis gadis sekalian, malulah dalam menjaga akhlak, membuat maksiat, melanggar perintah Allah. TAPI, berani dan tampillah ke hadapan dalam menegakkan yang haq, untuk ummah.

Tetibe terngiang wajah SAJS, SZR, 'AM, NK. Seorang kenal di sekolah menengah, sorang kenal di matrikulasi, sorang kenal di upm, sorang dari alam maya. Fuh, nak katenye, mana mana pun kite berade, akan ade paling kurang seorang yang boleh jadi contoh terbaik untuk dijadikan inspirasi, ewahhh.. *mereka ini bagi aku ade ciri PEMALU, bukan PENYEGAN =')

p/s : dituju buat diri sendiri khasnye. sambil naip sambil dokek atah pale T.T *sampai bile mahu pasif, hibernate dalam gua macam beruang kutub. ayuh aktifkan dirimu, bak kate Hotlink, Activate Your Life =D

p/s/s: bukan untuk perempuan sahaja, lelaki juga.
:)

March 26, 2010

kau tampan sekarang.. ='(

Teringat zaman kanak kanak dulu.. Jiwa semua bersih bersih. Fikiran pun masih suci ewah. Teringat perbualan kite lame dulu

"nanti dah akil baligh aku takmo buat dose, eee takutlah nanti masuk neraka. nak solat penoh, tutup aurat, nak buat baek je. "

"tula.. aku pon same. cube tengok kawan kite tu sukehati je tinggal solat, tak pakai tudung tak takot ke ek buat dose?"

Sekarang masing masing dah besar. Kate kate tu ibarat angin yang menyapa sebentar terus berlalu. Diri ini pun masih terkapai kapai mencari arah.

hari itu..
aku excited.
dah bertahun lame kite tak bersua..
jejak kasih yang terjadi serius sangat menggembirakan..
tapi jugak membuat hati sedikit terkilan..

kamu yang dulu ayu..sopan..
pendiam tak banyak bercakap
bukan macam aku yang huha sane huha sini dengan member2 dalam kelas =P (kantoi)
kamu yang dulu lemah lembut
kamu yang dulu baik hati..
kamu yang selalu beralah dengan aku dalam ape ape hal..
kamu antare kawan yang aku rase antara yang 'bersih'
tapi sekarang dah lain..

luaran kamu lain
penampilan kamu lain
kamu dah tak macam dulu

kamu dah ade pasangan hati...
tapi kenape si buah hati itu mesti "si jelita"?

dan kau dah tak secantik dulu..

sebab kau dah ubah keCANTIKan kau supaye kelihatan TAMPAN..

kenape, kawan ? ='(

Untuk menegur dengan tangan, aku tak berkuasa. Dengan lisan, kite sekarang jauh, hubungan kite tak serapat dulu untuk mudah menegur dalam bermesra. Maka dengan hati cume yang termampu, dan ini menjadi bukti betape masih lemahnye iman ku..

Dalam hal ini, walau penampilan luaran dia berubah, tapi kite tak tahu bagaimana dalaman dia. Tak berhak untuk menghukum. Mungkin dia ade sebab kenape berubah macam ni. Bukan hak kite untuk 100% salahkan die, sebelum tahu punca yang mempengaruhi keputusannya ini.. Mungkin, dia sendiri tak tahu ini salah? Mungkin tak ade yang menegur bila melihat dia begini? Mungkin masalah yang melanda menjadi punca..?

Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati kami, juga rakan rakan kami, agar tertunjuk hidayah oleh Mu akan perbuatan perbuatan kami yang jauh menyimpang dari suruhan dan larangan Mu. Dari sekecil kecil dosa, hingga sebesar besar nya. Lindungi kami, Tuhan.

Harap, amin kan bersama.. mendoakan itu adelah lebih baik, berbanding mencaci maki si pelaku kesilapan, tanpa memeriksa punca disebalik kesilapannya

March 23, 2010

priority.. siapakah anda?

"pergilah.. kite yang terpilih :)"

Serius, ayat yang sangat psiko. Psiko amat buat jiwa yang memang diikutkan hati nak pergi pada itu, tapi di depan mate ade halangan yang lebih perlu diutamakan.

Walaupun rasanya, pergi kepade itu lebih besar manfaat jugak ke-best-annye dari utamakan halangan yang di depan mata. Tapi kalau dah name halangan tu lebih utama, ape nak dikate?

Ability to prioritize, memang lemah, maybe boleh sampai pada takat 0. Eceh, padahal rase macam dah kurang -ve dah pun isk isk T.T

tetibe teringat drama Korea tajuk Priority yang bile nak iklan nanti tunjuk orang ramai ramai mandi pakai syampu apetah. sebab penaje die syarikat syampu tu. Ingat tak ingat tak?

Kenape mesti semua itu datang di waktu banyak perkara "remeh" lain yang mesti diutamekan. Penatlah bagi alasan pade mereka mereka, sampaikan risau di katekan suka mencari alasan. Padahal, serius sangat selalu tak kena pada waktu. Mengapa jiwa ini diseksa sebegini rupa? Kecewa tahu? Tolong jangan buat macam ni lagi. Tak rela. Orait ayat nak tacing je, boleh blah perasan macam comel je hihik. Muntah silekan.

Nak sangat nak sangat nakk! Tapi takpelah, ade priority lain kan.. Lain kali, ye? Itupun kalau masih ada lain kali ='(

p/s ; semakin lame entry semakin pendek. ternyate sungguh takde mood apetah lagi idea. biarlah, mari kurangkan makan kerepek ikan kerapu dalam blog, penat...

"kite yang terpilih"= takde kaitan dengan terpilih sebab kelayakan tinggi, mahupun punyai keistimewaan tertentu. it just mean, memang setiap yg berlaku atas diri kite, sebab dipilih oleh Tuhan, kan?

rase nak cipta lagu, Tolong Ajarkan Aku Erti Keutamaan. - komposer : Paten Leha :))

March 10, 2010

say : I love exam :)

Dalam dah lama hidup ni, semestinye kite pernah cakap atau sampaikan sesuatu nasihat pade orang lain kan? Tak kirelah, cakap secara lisan face to face, call atau mungkin dengan menulis pada status YM, g-talk, skype, FB, Friendster (hikhik), blog, forum, mesej phone and mane manelah.

Kadang kadang kite rase macam dah bagus. Sebab macam orang lain bagi response dalam bentuk pertanyaan, dan ade juge bagi pendapat masing masing. Rase "wah harini aku bejaye nasihat orang pasal blablabla. da macam kaunselor pulak. ngeee"

Dan tiba tiba, perkara yang kite pernah tulis untuk motivate orang lain, terjadi pade kite. Fuh, perit memang perit nak ditelan. Tapi, kene ingatla...

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi?"

;Al-Ankabut ayat 2

Bile dah perit tu maknenye sedih la kan. Maybe boleh terlupa setiap bait bait yang kite pernah beri pada orang lain, sampai tak mampu apply pade diri sendiri. Ha.. itu yang macam tak best tu. So, disarankan pada diri sendiri dan anda anda yang membace, (ceh guna anda anda macamle ramai sangat :D) bile melande je sesuatu musibah yang kite pernah motivate orang lain, tenangkan fikiran. Elakkan melayan emosi yang tak keruan. Fikir balik, "eh hal yang macam ni adeje aku pernah nasihat orang lain. takkan aku sendiri tak dapat nak apply? aku taknak jadi orang cakap tak serupa bikin. tak best.. tak best"

Sebab, bile berkata kata tu memang mudah diluah. Ape yang dirase baik, kite senang je nak keluarkan. Tapi bile part nak buat tu.. mase tu lah kite boleh nilai, macamane iman kite.

By that time, ingat ni..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

; Al-Baqarah ayat 286

exam dunia.. kalau kite dah prepare, insyaAllah boleh je nak dapat gred A. eh tapi kat U kan gune cgpa, so A = 4.00 pointer. Wah! dah layak untuk pencalonan best student fakulti *tetibe*

Tapi patutnye, kite kene bersyukurlah sebab Tuhan uji kite. Dapat ujian bererti Tuhan ingat dan sayang kite. Supaye tak terus menerus leka dan lalai dengan dunie. Maklumla, bile dalam condition tenang lagi happy yang berterusan, sure ke dapat remind ourselves untuk dekatkan diri pada-Nya? Selalu bile time sedih la kite paling ingat Tuhan.. kan

So, selamat beramal dengan setiap bait kata sendiri. Juge bait kata yang pernah disampai orang lain pade kite. Chayokk!!

March 01, 2010

Ade ape..?

ada apa dengan ego?

ego tu perlu, tapi biar berpada.

"bunuh" jiwa insan sekeliling..

juga jiwa sendiri, tanpe sedar

it's better to be gentleman. bertolak ansur, merendah diri, bersifat terbuka.

*gentleman.. means gentlewoman juga. eh ade ek word tu? =P

tong sampah ade banyak. sile jangan buang ego di merata rata. bisa mencemarkan alam sekitar. terima kasih

Tidak berada di tempat dia, jadi punca tak dapat memahami situasi dia. Maybe dia ada sebab kenapa jadi macam tu. So, tugas kite untuk fahami dan bimbing dia. Agak susah, perlukan ke'calm'an yang tinggi. Perlukan kemahiran juga. Dan jangan lupe untuk doakan yang terbaik buat dia. Itu langkah terakhir setelah usaha.

"dia" itu sesiapa sajelah. yang sekarang maybe dikuasai e.g.o.t.i.d.a.k.b.e.r.p.a.d.a...

February 15, 2010

Suara tak kedengaran

Eceh tetibe je nak buat caution warning sebelum boleh masuk blog ni. Adekah saye nak cerite tentang 18SX? ataupun 18SG? sudah dewase sangatke nak buat cerite macam tu dalam blog? Takpe sebelum tu, test suare dulu.. Dah lame tak update kot..

Alang alang dah testing suara tadi, nak la mengupas isu tentang "Suara tak didengari". Suaraa,,, dengarkanlah aku, apakah benar pujaan hatiku... Eh ternyanyi pulak. Maklumle lagu tengah hot. Baik, mari kumpul kekuatan emosi. Isu kalini yang akan cuba sedaye upay
e di olah secara rasional, tanpa melampiaskan emosi berlebihan. Namun, pastinye sifat bias itu akan terselit sedikit. Jika ada, maaflah, bagi yang tak bersetuju. Ade aku kesah? Cakcakcak! *Tetibe je jadi Azwan Ali versi lady.

Harapnye.. jangan kene ban sudahh :P

PRK = Paten rase Kecewa

Cewah. Poyos nak jugak letak name panjang lain padahal makne PRK tu laen. Memandangkan kali ini, tahun ini I first time mengundi. Dan diumumkan tahun inilah prk terburuk dalam sejarah yu pi em. Ceis kecewa tau. Kecewe la penat penat berpanasan berjalan sekawanan sedondon purple di hari election, tetibe bila keluar result, di katekan prk ter-worst. Amboi3. *Azwan Ali sile shut up.

Apa yang saye lihat, di yu pi em ni pelik sungguh, para calon hanya dibenarkan mem-promote diri h
anya 1 HARI sebelum election? How come students boleh nak kenal mereka? Dan tidak dibenarkan mem-promote diri di laman sosial. Eh, kolot sungguh syarat ini. Siapa yang create ni. Sile up-to-date ye. Ini zaman canggeh kot aduyai. Tak apa, disini diucapkan tahniah buat pasukan Pro-A atas kejayaan mereka. Semoga dapat menjalankan tugas sebaiknya, insyaAllah :).

TAPI....
Pro-M berjaya rembat 11 kerusi. Namun, 7 calon dibatalkan kemenangan, atas alasan berkempen dalam facebook secara berkumpulan. Aduhai, disini saya tak berniat berat sebelah. Tapi, dimana kerasionalan syarat tak boleh gune laman sosial ni dicipta? Kalau bagi masa seminggu atau at least 3 hari berkempen, sepeti U lain tak apalah. tapi ini sehari?! Dan saye mengaku time nak undi, masetu guna e-voting. Serius, tak tahu nak choose sape. Sebab tak kenal...

Berdasarkan survey, hampir 70% student yu pi em ini tak tahu cerita ini. Dan bila di sarankan supaye alang-alang dah ade fb tu, bawak2 la add fb Pro-M dengan Pro-A, sebab dari situlah banyak maklumat boleh didapati dan dianalisis. Tapi, terus dibalas "Perlu ke?", "Ah malas aku layan politik ni!", "Ala mengarut je sume ni. masuk U nak belaja, bukan politik!". Maka saranan saye, politik itu salah satu cabang dalam Islam. Sape kate politik itu mengarut? Sedangkan nabi pun berpolitik. Apa kite nak jadi graduan yang tau bace buku, lulus exam tapi hal semase pon tak tahu. Kolot.

Bagi saye, tindakan pihak2 yang dibatalkan kemenangan ini sedaye upaye membantah keputusan PRK ini bukanlah gila kuasa, nak pangkat atau nak glemer, macam yang dituduh segelintir pihak. Mungkin dengan masuk election, mereka dapat tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dengan mengizzahkan Islam di bumi kampus. Juge, ingin menghapuskan ketidaktelusan dimana mana. Sapetahu?

*Haritu TiEnsi ajak debat isu ni. Dan mereka sahut. Tapi sampai sekarang beliau yang menyepi 1000 bahase setelah student sedia 1 by 1. Busy maybe. Semoga suara kami didengari jua nanti..

.....................................................

Oh ya, kembali kite pade episod Suara tak Kedengaran. Kawan kawan cube teke isu ape paling hot kat Malaysia sekarang? APE! ISU CACA TERKELUAR RAJA LAWAK MINGGU INI? ceis yang itu paling hot dari belakang.

Isu..hmm.. Li*** tu lah. Paham paham ajelah kan. Dan sehubungan dengan itu, dilihat di fb, group I Hate Polan, I Hate Itu Ini semakin tumbuh pesat. Actually, normallah bile kite ade perasaan tak suke tu kan. Macam ramai tahu, sejak kes ini famous, grup I Hate SB memang la macam pisang goreng panas. Dalam 1 hari hampir 2000 new members. At first, saye join jugak. Before this kalau ada grup I Hate Fasha ke, Memey ke tidakla aku kesah. Entah kenapa, rase tangan ni ringan je nak klik join untuk page tu. But dalam masa 1 hari lepastu, i've decided untuk keluar dari page tu.

Actually even dah out pun, still follow perkembangan dalam grup tu. Because banyak link2 berguna macam prosiding mahkamah, soal jawab peguam dan penuduh/tertuduh. Well, perbicaraan tu kan tertutup, selain dari paper, dari grup tu jugaklah dapat banyak info. And I also follow grup
Justice 4 SB. Kat situ pun banyak info yang ditempel. So, bile bace dua2 belah, barulah adil.

agak-agak, daun yang hijau punye suare akan di dengari tak? Lagu Suara- Hijau Daun tetibe terngiang ngiang. Menyibuk betol..

Kenapa out? Saya cuma tak suke dengan cara segelintir members yang banyak mencaci maki dalam tu. Kite ni, hanya berhak membenci kesilapan manusia, bukannya si pembuat silap secara total. Tapi, segelintir mereka secara over mengutuk SB dengan kata2 yang kurang sopan. Selain tu, banyak pic tak senonoh di edit demi menjatuhkan maruah dia. Tak salah untuk mengkritik, tapi biarlah dengan ayat2 yang berhikmah, bagi pandangan secara ilmiah, bukan mengutuk dengan merapu merepek melucah. Ape faedah kau dapat? But, saya salute dengan segelintir member lain, cube mengingatkan ahli2 lain supaya sentiasa rasional. Selain memberi maklumat yang bergune dan pasti kesahihannya untuk penilaian umum. Syabas Inspektor Shahab! :)

"Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu? Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita."-quote from here

Dan saya suke add mereka2 yang terlibat ini as friend untuk ketahui perkembangan mereka. Macam contoh, saudara SB sendiri. Tapi yang takbest nye pernah sekali dia post status berbunyi "Ehem ehem uhuk uhuk". *Merujuk pade tindakan DSAI yang asyik menunda perbicaraan.* Berdasarkan sedikit general knowledge yg ade, saye comment pada status itu dengan jelaskan sebab2 penundaan dibuat. Tapi, saye terus di remove dari friendlist dia.

Aduh la.. kenapa mesti remove? Bukannye saye maki hamun, kutuk2. Serius, comment secara baik berdasarkan fakta, nape nak remove? Takut? Entah la.. Cuma bagi saya, kalau comment saye tu salah dari fakta, dia sepatutnya balas dan betulkan dengan baik, so saye akan tahu fakta sebenar, bukannye remove dan buat diri tertanya tanya. *dengarlah suara ku..* Ok takpe, maybe die ade reason tersendiri. Mungkin dia taknak friends lain marah2 sebab my comment. Mahu menjaga keharmonian maybe. sape tahu kan? Baik! Husnuzhon ye

Apepun , harapannye kes ini akan berjalan lancar. Semoga yang benar akan mendapat hak nya. Kite sebagai saudara seagama, doakanlah yang terbaik, elakkanlah dari terlalu beremosi hingga hilang rasionaliti dalam diri. Bagi yang tak tahu cerita, baca sini . Sebijik sebijik soal jawab dicatat kan.

Sebab.. walaumacamanepun, kite tetap satu aqidah, kan?