mesti ade yang berbisik dalam hati " eleh padahal ko tu yang tak laku sebab tu tak kapel"
so wutever.any problem? T.T
abang saya kreatif. dia pandai melukis dan mencipta barang. dia juga pandai simpan barang. bukan seperti saya yang selalu hilang dan cicirkan barang. abang saya kaya.dia dapat duit sebab dia kreatif. dia reka logo untuk syarikat pengeluar jagung dan pau kawan dia. kawan dia upah rm*** . tapi dia bagi cek ansuran rm100 sekali bagi.malangnya abang saya tidak belanja kami makan sate semalam guna duit itu. tapi dia guna duit ibu .apalah abang ni.
kakak saya kaya. dia dapat scholar Petronas rm500.00 sebulan. dia dapat scholar sebab dia pandai ( ok sile topup rm30 untuk pujian yang ini ). sekarang dia internship di KLCC. bukan setakat dapat gaji dia juga dapat elauns. dulu dia selalu jugak topupkan saya dan Din kredit. juga belanje kami makan fast food.persoalannya sekarang bila lagi dia nak buat macam tu pada kami. beliau juga suka shopping.sekali shopping habis beratus ringgit.apelah dia tu.
Din seorang yang sporting. dia juga tidak berkira. dia selalu ikut arahan kakak2 dan abang. kalau kami malas buat apa2 suruh saje dia pasti dia buat. tak kiralah pergi kedai ke,pergi kebun ke,suruh ulang alik kemane-mane ke, tapi kalau suruh kemas rumah dia tidak mahu.
Una seorang yang concern. dia ambil berat kesihatan semua orang. dia juga selalu bizi bila sambut harijadi semua orang. kek harijadi saya adelah menggunakan duit dia. dia telah planning sambutan besday besar-besaran untuk setiap ahli keluarga. dia juga selalu amek berat makanan dan minuman kegemaran kami. semuanya kerana dia nak prepare untuk besday kami. namun aakhirnya dia akan claim duit dari ibu dan ayah juge.
eh sudah-sudahlah tu. nanti kembang pulak sorang2 bace. erghh. dahla mereka semua ada blog. plisla weh. jangan perasan. kembang pulak kalah Aseng cemepan. hahahaa