yup! sila jawab dengan tulus ikhlas, apekah anda rasa anda chomel? kalau betullah anda comel, anda bolehla check ketepatan instinct anda itu di GadisComel group di Facebook.
Mula mula saya rasa saya comel, jadi dengan ghairah nye sajela explore setiap pic yang ada dekat grup GadisComel. namun terpaksalah terima hakikat saya ni tak comel rupanya sebab takde langsung muka saya tersenarai dekat situ. haha hakikat tu hakikat wajib terima
eh? ape itu GadisComel Group?
actually masa melepak di fb semalam, tiba tiba ade terjumpa dekat tepi suggestion group tu suruh join GadisComel. wah nama pun sangat comel mestilah excited mahu teroka.
Dengan bertema dan bermissionkan "We want to bring the beauties of Malaysia to the eyes of the world. " haha serious aku nak gelak bace ayat ni heh. ape makna entah nak bawa to the eyes of the world? ape ingat ade tiba tiba director omputeh nak ambek diorang berlakon iklan ubat jerawat clean&clear sebab comel sangat? sungguh punya harapan tinggi
secomel comel wanita kat GC tu, mereke tak terpilih pun jadi duta aiskrim warna rambut badut ni. kan kucing kanMengikut apa yang saya pahamla, grup GC ni melampirkan gambar gadis gadis yang COMEL memang tak nafi kan yang diambil secara random dari profile mereka. dan jangan terkejutla, gambar tu diambil secara sukahati oleh moderator group tu TANPA PERMISSION MEREKA. means, girls2 yang pic diorang ditayang tu sama sekali tak jadi fans mahupun members grup tu.
Buktinya? boleh baca ade komen girls yang marah dekat moderator tu kerana stalk sesuka hati gambar perempuan2 tersebut. dan bukti lagi, antara pic wanita comel yang ditayang adalah Lisa Surihani. oh Lisa ku jadi mangse tsk. ok yang saya kenal jela saya sebut. and you know what, Lisa ku sayang langsung tak jadi fans untuk group ni.
Sebab ape saya yakin kata diorang tak join? Sebab, bila di cekedaut kan list fans group tu, DARIPADA 183 FANS, MAJORITI ADALAH LELAKI. PEREMPUAN? SANGAT SIKIT BOLEH BILANG DENGAN JARI LAH KAWAN KAWAN. ouh actually masa usha pagi tadi ada 172 fans je, tiba tiba sekarang dah 183, wah berkembang maju dengan pantas ya! mesti kaum lelaki yang baru daftar tu, niceee........
Selain tu, dekat group tu, dia ade classify kan kepada 2 iaitu kategori "Gadis melayu" dengan "Leng Lui" (means gadiscomel untuk cina la kot). saya sebagai Melayu, mestilah cekedaut kat class Melayu untuk carik wajah saya. mana tahu kot kot ada terpapar jugak bolehla nak perasan mengembang kejap hahaha. Ada gambar yang bolehla diterima masyarakat macam bertudung litup, kalau freehair pun tetap sopan macam Lisa Surihani tu. but, yang tak bestnya dan menyedihkan, ramai yang pic nya melampau, mengapa mesti nak tunjuk "perhiasan" kamu? tak sanggup la nak kata, dedah sana sini, tak cukup kain sana sini. mampu merangsang lelaki lelaki yang kepoh nak jadi fans tu, tahu?
Selain patut menyalahkan mod grup yang mengade tu, para wanita pun harus ambil iktibar. kalau kita tak papar gambar sedemikian kat profile facebook, takdenye mod stalker keranjang tu nak choose pic kite untuk dijadikan tatapan mata lelaki lelaki kepoh. tak salah pun upload pic kat public, tapi biarlah bersopan punya, ini yang posing maut pun nak upload. lepastu sibuk nak marah, "you take this pic without permission", "this is our privacy" heh wth? kau yang sibuk tayang kat profile, mestila tujuan nak bagi orang tengok kan. ni orang dah kasi 'penghormatan' dah ditayang besar besaran, nak marah pulak. dok pehe weh
Dan lelaki, mengapa? kamu tahu kamu sebagai pemimpin wanita, kamu ada 9 akal dan hanya 1 satu nafsu. dan aku tahu nafsu itu tertumpu pada wanita. tapi, tak bolehkah kamu gunakan 9 akal kurniaan tuhan untuk melawan 1 nafsu itu. sesungguhnya kamu dicipta 'lebih tinggi' dari wanita, masakan kamu biarkan diri untuk terus hanyut hanya kerana wanita? kalau lelaki yang sepatutnya membimbing itu hanyut, bagaimana dengan wanita yang patut kau bimbing? aku sedih sangat, melihatkan kaum lelaki lah yang over lebih2 nak jadi fans. padahal bukan diorang boleh terlist pun kat kategori gadiscomel tu. itulah, desakan nafsu semata. lepasni buatla grup "TerunaHot". aku nak jadi fans ah. bolehla stalk hari hari manetahu boleh buat Bi Ef. cih

bagi kaum lelaki yang sibuk jadi fans, yang mungkin kempunan tak dapat join grup tu, selain boleh create group TerunaHot, anda bolehla juga memiliki t-shirt khas ini bagi men warwar kan bahawa anda juga layak setanding dengan wanita terpilih GadisComel. Hot kan bila pakai baju ni. euwww.
So, semua pun bersalah. kalau GADIS"comel" tidak upload pic menggoda, tidaklah akan terpilih. jikalau LELAKI"hot"dapat mengawal nafsu, tidaklah kamu akan view semua pic comel itu siap jadi fans lagi. dan jikalau MODsengal tidak sesukahati stalk pic orang lain, takdela ramai viewers lain yang dapat dosa sebab tengok gambar macam tu, dan dosa kau pun menimbun nimbun. semoga ambil pengajaran.
p/s : tadi masa saye online dekat website GadisComel tu kan, kelihatan terpapar 59 online! saye bet saye sorang je perempuan waktu tu, yang 58 lagi mesti LELAKI (-_-")